in

Aziz M. Osman Dedah Lokasi Warung Roti Canai Azlee & Mazlan, Dekat Je Rupanya!

Cats 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja yang tidak mengenali kumpulan pelawak Senario? Terdiri daripada ahli kumpulan seperti Saiful Apek, Azlee, Wahid, Lan Pet Pet dan ramai lagi, kumpulan Senario merupakan satu fenomena di Malaysia pada suatu ketika dahulu.


Banyak filem dan lagi yang dihasilkan oleh kumpulan ini menjadi kegemaran peminat. Salah satunya adalah filem Lagi-Lagi Senario yang dibintangi oleh ahli mereka sendiri termasuk Lan Pet Pet, Wahid, Azlee, Ani Mayuni dan ramai lagi.

Meskipun Lagi-Lagi Senario sudah berusia hampir 20 tahun, filem ini masih lagi lucu dan menghiburkan jika ditonton pada ketika ini. Jika anda masih ingat, ada satu babak persaingan di antara dua warung roti canai yang berebutkan pelanggan. Sehingga ke hari ini, lokasi warung tersebut masih lagi menjadi rahsia dan tidak diketahui oleh peminat.

1 1

Baru-baru ini, pengarah filem tersebut Aziz M. Osman ada mendedahkan lokasi sebenar warung roti canai Azlee dan Wahid. Pendedahan tersebut dibuat selepas seorang peminat bertanya secara terus kepada beliau tentang lokasi warung legend tersebut.

Dekat je rupanya!

Menurut gambar perbandingan yang dimuat naik oleh Aziz M. Osman, lokasi warung tersebut terletak berdekatan dengan bangunan Sri Pentas milik kumpulan Media Prima yang beralamat di Bandar Utama. Laa dekat je rupanya?

Eljd5Khu8Aaclxt

Buat anda yang tidak pernah singgah di sekitar kawasan Sri Pentas, lokasi ini terletak berdekatan dengan pusat membeli-belah One Utama. Difahamkan, tapak gerai itu sudah pun diubah menjadi kawasan tempat letak kereta.

Gambar ini pastinya mengimbau kenangan lama di saat kita masih kecil dan menonton filem Lagi-Lagi Senario. Rindunya!

 

BACA: Throwback: 10 Filem Senario Buat Kita Tak Kering Gusi Dulu-dulu

Capture 3

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.