in

Azhan Rani Rasa Cadangan Menteri Suruh Rakyat Berbasikal Ke Pejabat, ‘Cute’!

Azhan Rani Berbasikal Cute 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan, berbasikal amat baik untuk kesihatan. Ia dapat menguatkan jantung anda, merendahkan resting pulse dan mengurangkan tahap lemak dalam darah.


Malah, kajian menunjukkan bahawa orang yang berbasikal ke tempat kerja mempunyai dua hingga tiga kali kurang pendedahan kepada pencemaran berbanding penumpang kereta, jadi paru-paru mereka bertambah baik.

Pun begitu, walaupun kenyataan ini pahit untuk ditelan, Malaysia masih belum mempunyai infrastruktur yang baik bagi memudahkan mereka yang ingin berbasikal ke tempat kerja, malah cuaca yang tidak menentu juga menjadi sebab untuk tidak melakukan sedemikian.

Baru-baru ini, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menjadi kementerian pertama yang melaksanakan program ‘Berbasikal ke Pejabat’ bagi menyokong usaha kerajaan melestarikan alam sekitar.

Difahamkan, program ini akan diadakan sekali seminggu sebelum ia diperluaskan secara harian pada masa depan.

Walau bagaimanapun, pelakon terkenal tempatan Azhan Rani tidak begitu bersetuju dengan pekara tersebut malah dia juga merasakan inisiatif itu agak cute.

“Virus cute ni dah jadi pandemic gamaknya ya. makin hari makin ramai yang cute bersemut api.” tulisnya. 

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis Ustaz Hamadi itu mengeluarkan pendapatnya melalui instagram dan ramai juga netizen yang menyokong kenyataannya itu.

Arbskl

Korang sanggup tak naik basikal ke tempat kerja?

Baca: “Bersembang tak pandang depan” – Azhan Rani Kemalangan, Remaja Kena ‘Sound’ Belajar Bawa Motor Betul-betul

Azhan Rani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.