Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali menganggap bahawa pengalaman ‘diarah’ oleh pihak senior dalam dunia boleh sepak adalah satu perkara normal.
Jelasnya budaya sebegini telah dilakukan sejak zaman dahulu lagi dan untuk menjadi seorang pemain bola sepak, mental seseorang itu haruslah kuat.
Artikel berkaitan : Kakak Dakwa Safee Sali Pusing Fakta, Berbohong Tentang Bekas Isteri
Artikel berkaitan : Safee Sali Bercerai Talak 2, Sahkan Sudah Berkahwin Dengan Wanita Lain
Setakat basuh boot tu saya rasa ok kot – Safee Sali
Tambahnya lagi, dia sendiri pernah alami situasi sebegitu ketika dia masih di tahap junior, di mana dia disuruh oleh senior untuk membasuh kasut boot dan juga baju mereka. Katanya, ia adalah sebahagian daripada pengajaran untuk membina jati diri.
“Setakat basuh boot, saya rasa ok kot, saya pernah ada pengalaman basuh boot senior dan senior pun senior pun suruh basuh baju, saya rasai pengalaman membentuk jati diri saya pada saat ini, kalau saya tak disuruh mungkin saya akan, tak tahu cara hormat orang tua, kurang ajar,” ujarnya.
Berikutan dengan kenyataan tersebut, ia telah mengundang pertikaian netizen terhadap budaya ‘senioriti’ itu dan mereka menyifatkan tindakan itu sebagai satu perbuatan membuli.
Banyak lagi cara bentuk jati diri – Netizen
Mungkin niatnya cuma untuk kongsikan pengalamannya, kalau tak ada pengalaman sebegitu mungkin tidaklah dia berada di kedudukan seperti sekarang.