in

Anak Najib Tak Puas Hati Rumah Digeledah

Najib 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas kecoh minggu lepas beberapa kediaman yang dikatakan ada kaitan dengan bekas PM Datuk Seri Najib Razak digeledah dan beratus kotak yang berisi beg tangan dirampas polis, semalam (29 Mei), anak kepada Najib telah membuat laporan berkaitan hal tersebut.


Menurut Harian Metro, Nooryana Najwa atau lebih dikenali sebagai Gina dilaporkan tak puas hati dengan tindakan polis memeriksa dan rampas barang yang dikatakan hadiah perkahwinannya. Opss hadiah perkahwinan ke beg banyak-banyak tu?

File6L8V1P2A0Lt1Ccgm924M
sumber: the star

Disebabkan itu, Polis Daerah Dang Wangi telah ambil keterangan anak perempuan Najib dan sepasukan 5 pegawai polis telah dilihat tiba di kediaman bekas PM tersebut dekat Jalan Langgak Duta pada jam 11 pagi dengan menaiki kereta Proton Preve.

Sumber memaklumkan, polis ambil masa dekat satu jam dalam merakam keterangan Gina.

“Gina membuat laporan polis, malam tadi selepas tidak berpuas hati dengan tindakan polis melakukan pemeriksaan di kediamannya dan merampas beberapa barangan didakwa sebagai hadiah perkahwinannya.

“Laporan dibuat kepada Polis Daerah Sentul, tetapi siasatan dilakukan oleh Polis Daerah Dang Wangi kerana Pavilion Residences terletak di bawah bidang kuasa polis daerah itu (Dang Wangi),” kata sumber.

Gina 1
sumber: bh

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah mengesahkan laporan yang dibuat Gina. Menurut polis, mereka telah merampas lebih kurang 150 beg tangan berjenama dan beberapa buah jam tangan dalam rumah milik anak bekas Perdana Menteri tu.

Manakala barang peribadi milik anak lelaki Najib, Ashman Najib yang dirampas pula ialah jam tangan, laptop, pakaian, dan kasut.

Ashman
sumber: instagram

Hmm kalau anak Najib tak puas hati barang kena rampas, rakyat Malaysia lagilah tak puas hati sebab dorang beli barang guna duit rakyat. Ehhh ye ke? Opss! 

Baca: Handbag Dan Pakaian Dirampas Dari Rumah Najib

Najibun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.