in

“Aku pun ada masalah sama” – Lelaki Kena Tuduh Curi Barang Dalam Seluar, Rupanya ‘Pisang’ Besar Sangat

Collage 9

Tak tahulah patut malu ke bangga bila benda macam ni jadi dekat kaum lelaki.

Menurut Malay Mail, seorang lelaki, Steve Whitehurst sedang membeli-belah di sebuah kedai pakaian lelaki popular di UK, Scott Menswear sebelum seorang pengurus wanita kedai itu perasan ada “benjolan” besar di seluar lelaki tersebut dan terus ingat dia curi produk dari kedai itu.

Ketika itu, Steve baru je lepas bayar baju-baju yang dibeli dari kedai tu berjumlah lebih dari RM2,000 bila manager kedai tersebut menuduh dia mencuri barang.

Nintchdbpict000524939459
Sumber: the sunuk

Kalau korang nak tahu, Steve pergi kedai tu dengan teman wanitanya, Mandy Shenton dan cucu kekasihnya.

Ketika dia dituduh, Steve cuba memberi alasan yang dia tak curi apa-apa dan benjolan tersebut ada di situ kerana seluarnya ketat.

Saya pakai jeans ketat dan memang ada benjolan tapi benda ni bukan salah di sisi undang-undang pun.”

Selepas alasan yang dia berikan ini tak diendahkan, Steve yang merasa jengkel dengan tuduhan wanita itu telah membuka seluarnya untuk tunjukkan bukti yang benjolan itu hanyalah zakarnya.

Nintchdbpict000524939158
Sumber: the sunuk

Pun begitu, manager ni still tak percaya dan berulang kali tanya tentang benjolan tersebut. Eh apa masalah perempuan ni?

Kecewa sebab dirinya dituduh, Steve akhirnya meminta pengawal keselamatan lelaki untuk masuk ke dalam fitting room bersamanya supaya dia boleh buktikan yang dia tak bersalah.

Steve berkata, ini pertama kali dia perlu melalui pengalaman seperti itu dan sudah pun membuat aduan ke atas kedai baju yang dimiliki oleh syarikat JD Sports.

Nintchdbpict000525021314
Sumber: the sunuk

Teman Wanita Steve merasakan yang kejadian tersebut sangat memalukan untuk teman lelakinya. Namun, beberapa saksi mengatakan yang manager tu tak minta pun Steve buka seluar. Lelaki tu yang tiba-tiba nak “mengamuk” bila kena tuduh. Kena tuduh mencuri kot, siapa tak marah?

Seorang lagi saksi lain pula mengatakan yang manager tu ada sebab yang kukuh untuk suspek Steve mencuri sebab tag elektronik pada jaket yang Steve cuba tiba-tiba hilang.

Dia angkat dan jatuhkan banyak barang. Lepastu dorang tengok tag elektronik pada jaket yang dia cuba hilang. Lepastu baru dorang tengok benjolan dalam seluar lelaki ni.” Pulak dahhh

Sorang cakap lain, ni cakap lain. Tapi, lepas dia buka seluar tak ada pun barang curi. So, salah jugaklah tuduh orang.

 

Baca: Wanita Curi Barang Kosmetik Bernilai RM1,000 dan Jual Semula Untuk Beli Dadah

Screenshot 2019 10 02 At 5.17.37 Pm