in

“Aik macam sama je?” – Macau Scam: 24 Kereta Mewah Disita SPRM, Netizen Dakwa Salah Satu Kereta Milik Shuib Sepahtu?

Sama Tapi Tak Serupa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi laporan-laporan berita terdahulu, pihak SPRM kini sedang hangat menyiasat kes kegiatan pengubahan wang haram hasil aktiviti judi dalam talian dan Macau Scam.


Beberapa individu berpangkat datuk dan datin sudah direman, termasuklah yang baru, 8 pegawai kanan PDRM yang terlibat dalam kes tersebut.

Tak cukup dengan itu, pasangan selebriti terkenal, Shuib dan isterinya, Siti Sarah juga sudah disoal siasat oleh SPRM selama 23 jam berhubung perniagaan air minuman mereka yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

Shuib

 

SPRM sita 24 buah kenderaan mewah tapi…

Menurut laporan Berita Harian, terdahulu pihak SPRM telah membekukan 750 akaun dengan simpanan kira-kira RM75 juta hasil aktiviti wang haram, termasuk membabitkan selebriti dan usahawan kosmetik.

Mereka juga telah menyita 24 buah kenderaan mewah dan motosikal berkuasa tinggi milik beberapa daripada individu yang ditahan. 

Imej kenderaan yang disita tersebut dimuat naik Facebook Info Roadblock JPJ/POLIS dan mendapat perhatian netizen ramai.

Sprmm 1602077523

Salah satu daripada kenderaan yang dimuat naik di dalam Facebook tersebut mendapat perhatian ramai kerana katanya kereta jenis Ford Ranger Raptor itu serupa dengan kereta yang dimiliki Shuib.

120846116 1705017019676001 1601277359291638048 N

Malah foto kenderaan ini juga pernah dimuat naik oleh Shuib di Instagram beberapa kali dan Shuib siap menamakan kereta tersebut sebagai Dol. Aikk biar betul ni?? 

Image From Ios 2

Image From Ios 3

 

“Macam sama je?” – Netizen

Melihatkan gambar-gambar kereta yang dirampas SPRM, netizen mula berspekulasi bahawa Ford Ranger Raptor yang disita itu mungkin milik Shuib Sepahtu.

Shuib Kereta

Rata-rata siap banding membandingkan dan ada juga mengatakan selain daripada kereta itu, ada juga kereta lain yang seakan serupa dengan kereta milik Shuib. Alamak betul ke ni… 

Sama

Apa-apapun perkara ini masih belum dapat sahihkan lagi sama ada betul kenderaan-kenderaan di atas ialah milik Shuib dan Sarah.

Harapnya Shuib dapatlah menjawab persoalan netizen ramai atau kita tunggu saja update daripada pihak SPRM berkaitan isu ini. 

Baca: “Guna populariti artis untuk ‘cuci’ duit haram” – Kes Macau Scam: Ini 4 Perkara Yang Korang Perlu Tahu Kalau Tak Nak Jadi Mangsa

Macau 1

Sumber: Instagram
Sumber: Facebook
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.