in

5 Senarai Cukai Paling Tak Masuk Akal Pernah Dicipta, Sampai Jadi ‘Single’ Pun Kena Cukai!

Cukai7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cukai merupakan sumber pendapatan kerajaan, mahu tak mahu, perlu untuk rakyat membayarnya bagi pertumbuhan dan pembangunan negara yang tercinta.


Cukai apa yang korang pernah dengar? Cukai pintu, cukai GST, cukai SST, adalah yang biasa didengari.

Tapi korang tahu tak, ada negara yang buat cukai sebagai jalan penyelesaian bagi sesetengah masalah di negara mereka. Ini adalah antara 5 senarai cukai paling pelik yang pernah dicipta di seluruh dunia!

 

Cukai Kayu Sepit, China

Penggunaan kayu sepit atau chopstick pakai buang di China sangat popular hingga tahap merisaukan.

Sumber mengatakan, sebanyak 1.3 juta kubik meter setahun digunakan untuk menghasilkan chopstick pakai buang ini.

Cukai

Jadi pada tahun 2006, sebagai usaha untuk mengurangkan penggunaan chopstick kayu di kalangan rakyat China, kerajaan mereka telah memperkenalkan cukai sebanyak 5% ke atas semua pengguna yang masih mahu menggunakan chopstick yang diperbuat daripada kayu.

Sehingga kini, cukai ini masih aktif dengan beberapa inisiatif tambahan seperti menukar chopstick kayu dengan plastik, dan pelanggan juga tak lagi diberikan chopstick kayu.

 

Cukai Matahari Di Sepanyol

Di Sepanyol, antara cukai yang paling dibenci rakyat ialah cukai ini. Dalam bahasa mereka, cukai matahari dikenali sebagai impuesto al sol.

Seperti namanya, cukai ini hanya dikenakan kepada mereka yang memilih untuk menggunakan panel solar.

Dorang nak jimat so beli panel solar untuk guna tenaga matahari, tapi kena bayar cukai pula…sabar jela…

Cukai2

Kerajaan mereka seolah-olah melihat penjimatan rakyatnya sebagai sesuatu yang akan merugikan negara jadi mereka mencukaikan mana-mana pemilik panel solar yang kediaman atau premis perniagaan yang masih berhubung dengan grid elektrik kebangsaan.

Individu yang ingkar membayar akan dikenakan denda sebanyak 6,000 euro, lebih kurang RM29,000.

Bagaimanapun, cukai ini telah ditarik semula pada tahun 2018 selepas 3 tahun dilaksanakan setelah kerajaan bertukar tangan.

 

CUKAI ‘SINGLE’

Korang tau tak, dalam sejarah dunia, kalau korang berstatus bujang korang boleh dikenakan cukai. Antara negara yang pernah mengenakan cukai ini ialah Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Jerman, Itali dan Soviet Union.

Kadarnya juga berbeza.

Seperti di AS, mereka mengenakan cukai di antara 1 ke 25 dolar AS. Hal ini dilakukan untuk menggalakkan mereka berkahwin segera!

Bagaimanapun, cukai ini sudah lama dimansuhkan dan kali terakhir dikutip adalah sekitar tahun 1920 an.

Di Soviet pula, dalam tempoh 1941 hingga 1990, semua individu yang berstatus bujang perlu membayar cukai sebanyak 6%daripada pendapatan bulanan mereka.

Jadi single pun salah ke?

 

Cukai Sebab Tak Ada Anak, Soviet Union

Masih di Soviet, korang tau tak, lelaki yang berusia antara 25 tahun hingga 50 tahun dan wanita berusia 25 hingga 45 tahun yang masih tak mempunyai zuriat juga dikenakan cukai!

Giphy

 

Cukai Pam Tandas, Amerika Syarikat

Pelik tapi benar, inilah cukai yang dikenakan setiap kali menggunakan pam tandas. Satu-satunya tempat dikenakan cukai ini ialah di Maryland AS.

Bukan itu sahaja, penduduk Maryland juga perlu membayar cukai fasiliti yang ada kerana berbeza sistem pembentungan.

Cukai4

Kediaman atau premis yang dihubungkan dengan sistem pembentungan dikenakan caj minima 30 dolar, lebih kurang RM125 bermula tahun 2004.

Kadarnya akan meningkat bergantung jumlah buangan yang perlu diuruskan setiap bulan. Bagi kediaman yang mempunyai tangki septik mereka sendiri, hanya 60 dolar setahun.

Tapi duit terkumpul digunakan untuk baik pulih fasiliti, so win-win lah kan?

Macam mana, cukup pelik tak bagi korang?

 

Sumber : iluminasi

 

Baca : Mungkin Nampak Aneh, Tapi Trend Ini Dianggap Cantik Di Beberapa Negara

Cukai3

Sumber: iluminasi
Sumber: iluminasi
Sumber: iluminasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.