in

Zamihan Ucap Kata Lucah Terhadap Mat Sabu, Nurul Izzah

Izm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak setuju atau tak suka dengan tindakan sesetengah ahli politik adalah perkara biasa tambahan pulak kita tinggal di sebuah negara yang berdemokrasi. Tapi janganlah sampai keterlaluan sehingga kita memaki hamun mereka dalam bahasa yang tak elok.

Menurut Free Malaysia Today, beberapa ahli keluarga suspek yang ditahan di Penjara Sungai Buloh dah membuat laporan polis terhadap pegawai JAKIM, Ustaz Zamihan Mat Zin yang keluarkan tuduhan tak berasas termasuk serangan peribadi kepada pemimpin Pakatan Harapan baru-baru ni. 


Report Polis Zamihan 1
sumber: fmt

Zamihan yang dikatakan terlibat dalam program sempena Nuzul Quran 31 Mei lepas di Penjara Sungai Buloh telah mengecam pemimpin kerajaan sebagai munafik dan keluarkan kata berbaur lucah terhadap Menteri Pertahanan, Mat Sabu dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah. 

Hqdefault 3
sumber: blog

Ia bermula apabila Zamihan cuba menerangkan tentang hukum memasukkan kamera ke dalam lubang dubur yang dikatakan tak membatalkan puasa tetapi “akan nampak Mat Sabu dan Nurul Izzah dalam lubang tersebut”. Duhhh ustaz apa cakap macam ni??

“Pemimpin munafik ini adalah seperti tidak mengotakan manifesto, menjanjikan harga minyak turun tetapi tidak menunaikannya. Pemimpin negara sekarang adalah sama sahaja seperti pemimpin terdahulu,” kata Zamihan kepada penghuni penjara.

Zamihan Youtube 1
sumber: fmt

Selain itu, Zamihan jugak telah melemparkan beberapa tuduhan tak berasas seperti:

  • Ayat Al-Quran yang dibaca Datuk Seri Anwar semasa perhimpunan pembebasan sebagai “ayat liberal dan hanya mengikut pemahaman sendiri sahaja”. 
  • Hasut dan pengaruhi orang kena tuduh (OKT) dengan mengatakan mereka tak guna lantik peguam. 
  • Gesa OKT mengaku salah kerana mereka adalah pengganas dan akta SOSMA tak akan dibubarkan. 

Susulan laporan di Balai Polis Setapak, peguam yang wakili 5 tahanan SOSMA berkata siasatan perlu segera dilakukan ke atas Zamihan. Zamihan jugak dilarang daripada berinteraksi dengan tahanan tersebut termasuk terlibat dalam progam sebelum Hari Raya.

Walau bagaimanapun, Zamihan melalui satu kenyataan lain di Free Malaysia Today, menafikan tuduhan ni dan menganggap ia fitnah.

Haihh ada-ada sajalah. Sebagai ahli agama cuba tunjuk teladan yang baik. 

Baca: “Situasi ini tidak sepatutnya berlaku!” – Zamihan Tak Setuju Mangsa Banjir Berteduh Di Surau 

Zamihan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.