in

“You’re next” – PM New Zealand Jacinda Arden Terima Ugutan Bunuh Di Twitter

Jacinda Arden

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden  telah melakukan banyak perkara menakjubkan sepanjang minggu ini.


Bermula dengan keprihatinannya terhadap masyarakat Muslim di NZ hinggalah dia menukar policy banned semua senapang dan pistol semi automatik, ramai yang kagum dengan kehebatan Jacinda.

Pun begitu, nampaknya sokongan yang diberikan PM NZ ni terhadap masyarakat Muslim telah menimbulkan kemarahan beberapa pihak yang membenci Islam.

Jacinda Mosque Ap 0
sumber: odt

 

You’re Next – Ugutan bunuh di Twitter

Menurut portal NZ Herald, polis New Zealand kini sedang menyiasat ugutan bunuh yang dihantar kepada Jacinda Arden di media sosial.

Sebuah posting di Twitter yang mengandungi gambar pistol dengan kapsyen “You’re next” telah dihantar ke Perdana Menteri tersebut. Post tersebut didakwa telah berada di media sosial selama 48 jam sebelum pihak Twitter menurunkan ia pada jam 4 petang semalam lepas kena report dengan orang ramai.

 

Triggered lepas Twitter beri sokongan kepada New Zealand 

Selain daripada tweet tersebut, ada lagi satu post yang tagged Arden dan polis NZ bersama gambar yang sama disertai kapsyen “next it’s you”.

Akaun yang telah di’banned’ itu sememangnya mengandungi content anti-Islamic dan white supremacist serta lain-lain komen benci. Polis dalam pada masa yang sama sudah sedia maklum akan ugutan tu.

Posting itu menurut NZ Herald telah ditujukan kepada Twitter juga lepas syarikat media sosial tersebut tweet mesej sokongan kepada dua kejadian tembakan di Christchurch yang membunuh 50 orang. 

Kenapa sakit hati dengan sokongan NZ berikan kepada dunia Islam? Semoga Jacinda Arden baik-baik je. 

Baca: 18 Imej Berhijab Warga New Zealand Yang ‘Sejuk Mata Memandang’ Tanda Solidariti Insiden Christchurch

Featured 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.