in

“Yang tak tahu asal usul cerita A-Z lebih baik diam” – PU Abu Nafi Ada Masalah Rumah Tangga, Minta Netizen Doa Baik-baik

Sebumbung Yalls

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Yang tak tahu asal usul cerita A-Z lebih baik diam" - PU Abu Nafi Ada Masalah Rumah Tangga, Minta Netizen Doa Baik-baik
Loading
/

Kemelut rumah tangga pendakwah bebas, PU Abu Sufyan nampaknya masih menjadi perbualan hangat netizen lepas isteri barunya, Hana Azraa beberapa hari lalu telah mengesahkan mereka berdua bakal bercerai.


Pun begitu, PU Abu yang tidak berdiam diri akhirnya muncul membuat penjelasan dalam sebuah video di Instagram mengenai status hubungan mereka kini. Menurut Astro AWANI, PU Abu memberitahu yang hubungannya dan isteri masih baik seperti biasa. 

 

“Masih okay dan kami masih tinggal sebumbung” – PU Abu 

Menerusi posting Instagram yang telah dipadam beberapa minit lepas ia dimuat naik, PU Abu menafikan dakwaan yang dia dan Hana kini tidak lagi tinggal sebumbung. 

“Hubungan saya dengan isteri saya, Hana Azraa masih baik-baik saja, masih okey dan kami masih tinggal sebumbung. 

“Spekulasi yang berlaku baru-baru ini hanyalah konflik kecil sahaja, biasalah rumah tangga sedangkan lidah lagi tergigit apakan pula kusyen dengan sofa. 

“Kepada netizen mohon doakan yang baik-baik supaya kami boleh hidup dalam keadaan baik dan harmoni,” katanya.

 

“Kepada sesiapa yang tak tahu asal-usul cerita A sampai Z lebih baik diam” 

Tambah PU Abu lagi, dia juga menasihati para netizen di luar sana untuk berhenti buat sebarang spekulasi mengenai isu rumah tangga dan diam daripada berkata-kata perkara yang boleh mendatangkan fitnah.

“Kepada sesiapa yang tak tahu asal-usul cerita A sampai Z lebih baik diam atau tak ulas apa-apa sebab kalau kita cakap pasal benda tu dan tak betul boleh jadi fitnah!

“Kalau betul pun boleh jadi mengumpat! Lebih baik diam daripada kita cakap benda tak baik pasal orang, lebih baik doa yang baik- baik. 

“Kalau kita dengan Tuhan boleh minta ampun secara terus tetapi kalau dengan manusia kita kena cari dia di padang mahsyar untuk minta maaf dengan dia,” katanya lagi.

Berikut rakaman video penjelasannya yang telah dipadam:

Sumber: Astro AWANI

Buat masa ni, marilah kita berikan PU Abu dan Hana Azraa ruang untuk berbincang dan berbaik-baik semula. Betullah kata PU Abu tu, sedangkan lidah lagi tergigit kan… 

Baca: “Kami dah tak tinggal sebumbung lagi” – Hana Azraa Dedah Ada Masalah Rumah Tangga, Bakal Bercerai Dengan PU Abu?

Hana Cerai Abu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.