in

“Kalau dia tak salah kenapa perlu takut?” – Peguam Nubhan Sangkal Dakwaan Bagi 120 Soalan Untuk Cuba Menekan Dr Fie

Ft Nubhan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peguam yang mewakili penyanyi Nubhan iaitu Redzuan Ramli sangkal dakwaan yang pihaknya cuba menekan bekas isteri Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, apabila pihakna cuba mengemukakan 120 soalan dalam prosiding komital di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini.

Katanya, jumlah soalan berkenaan addalah sebahagian daripada proses soal balas dan setiap soalan yang dikemukakan perlu ad akaitan serta relevan dengan perkara yang dipertimbangkan oleh pihak mahkamah.


Artikel berkaitan: “Tuntut harta & sign RM 5 juta” – Nubhan Dedahkan Punca Ceraikan Dr Fie

Artikel berkaitan: ⁠Barang Kemas Dan Wang Tunai Hilang, Dr Fie Tawfek Buat Laporan Polis Terhadap Bekas Suami

Kenapa perlu takut – Peguam Nubhan

“120 soalan yang ingin dikemukakan itu sebenarnya prosedur biasa. Tetapi pihak sana tidak bersedia, jadi defendan minta ditangguhkan dan meminta supaya pihak kami menyediakan soalan terlebih dahulu sebelum prosiding akan datang.

“Bagi saya, soalan itu kena relevan dengan kes. Kita tidak boleh tanya sebarang soalan, ia mesti relevan. Setakat ini, 120 itu mungkin akan pecah lagi kepada 120 soalan lagi jika mendapat idea soalan baharu.”

“Kalau dia tak takut dan tak salah, kenapa dia perlu takut? Bagilah 1,000 soalan sekali pun. Dalam kubur pun ada lima soalan saja.”

Screenshot 2026 08 10 183404

Dalam pada itu Redzuan juga mengatakan bahawa penangguhan prosiding kepada 19 dan 27 Januari depan juga mempunyai implikasi kepada pihak Dr Afidah tau lebih dikenali sebagai Dr Fie kerana tempoh prosiding yang lebih panjang boleh menimbulkan tekanan kepada semua pihak yang terbabit.

“Pada saya, apabila ditangguhkan, risiko pada belah dia juga. Bermula hari ini sampai 19 Januari nanti, setiap malam dia akan mengalami ‘nightmare’.”

“Sebab itu kita nak teruskan sahaja hari ini setakat mana mahkamah benarkan supaya kes tidak berpanjangan.”

Screenshot 2026 08 10 183617

Sebelum ini, prosiding komital membabitkan Nubhan dan Afifah ditangguhkan selepas pihak pemohon dikatakan masih belum menyempurnakan prosedur yang diperlukan.

Kata Peguam yang mewakili Dr Fie iaitu Nor Hazuea Hamzah, prosiding hari ini sepatutnya hanya sesi soal balas anak guamnya oleh peguam pihak pemohon.

Bagaimanapun, katanya, prosiding tidak dapat diteruskan berikutan prosedur yang diperlukan masih belum disempurnakan pihak pemohon.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.