in

Warga Emas Dikompaun RM5,000 Bersiar Di Kawasan Rumah Masa Pakai Gelang Pink, Bagi Alasan Panas

81620271091 Wargaemas 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang warga emas berumur 73 dari Raub, Pahang dikenakan kompaun sebanyak RM 5,000 kerana melanggar kuarantin kendiri di rumah dan ingkar Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD).

Lelaki itu menggunakan alasan panas duduk rumah untuk keluar bersiar-siar walaupun dalam tempoh kuarantin.


Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, dia dikompaun kira-kira dari jam 12.30 tengahari hingga 2 petang Rabu lepas, menurut Astro Awani.

81620271091 Wargaemas

Tambah beliau lagi, alasan itu tidak munasabah kerana ia boleh menyebabkan wabak Covid-19 merebak jika warga emas itu positif Covid-19.

“Lelaki itu dikenakan kompaun di bawah Perkara 22(b) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2020.

“Selain itu dua lagi individu berusia 69 dan 52 tahun dikenakan kompaun RM2,000 seorang atas kesalahan berkumpul dan makan di kedai dalam kawasan PKPD tanpa alasan munasabah.”

Kama Azural berkata, dua individu yang masing-masing dari Kampung Sungai Klau dan Taman Sungai Klau dikenakan kompaun di bawah Perkara 25(a) PPPDPPB 2020.

 

Baca : Pelajar IPT Yang Berada Di Lokaliti PKPD Tak Boleh Balik Beraya Aidilfitri

Rumah

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.