Sejak kebelakangan ini, kes rogol semakin meningkat dari sehari ke sehari. Oleh itu, kita harus sentiasa berjaga-jaga dan jangan mudah percaya pada orang supaya dapat elakkan diri dari perkara yang tidak diingini.
Satu tragedi telah berlaku pada 24 Januari lalu apabila seorang bekas pembantu rumah warganegara Indonesia sedang bersiar-siar di Taman Choa Chu Kang, Singapura bersama beberapa pekerja buruh dari India.
Menurut Straits Times, mangsa telah diperkenalkan kepada Jagraj Singh melalui rakannya dan berjanji untuk bertemu di taman tersebut sekitar jam 8 malam bersama beberapa rakan Jagraj yang lain buat kali pertama.
Kira-kira 10 minit selepas itu, wanita tersebut terus menuju ke kawasan berumput yang terpencil bersama Jagraj dan mereka telah melakukan hubungan seks secara rela. Apabila mereka sudah selesai, Jagraj meminta tisu dari kawannya Daler Singh supaya mereka dapat membersihkan diri.
Ketika Daler mahu serahkan tisu tersebut, dia ternampak pembantu rumah itu dalam keadaan bogel. Melihat susuk tubuh wanita itu, dia mula berasa ghairah dan mahu melakukan hubungan seks bersamanya. Namun, wanita itu menolak permintaannya.
Selepas itu, mereka bertiga telah pergi ke pavilion berdekatan untuk makan buah-buahan yang dibeli oleh Daler. Tidak sampai 15 minit, wanita tersebut telah kembali ke kawasan terpencil yang sama bersama Jagrat dan berasmaradana buat kali kedua. Amboi!
Selepas selesai berhubungan seks, Jagraj telah pergi terlebih dahulu dan meninggalkan wanita yang belum selesai membersihkan dirinya itu berseorangan di kawasan semak tersebut.
Ketika itulah Daler telah datang sekali lagi untuk mengambil kesempatan dan cuba menggodanya buat kali kedua. Namun wanita tersebut tetap berkeras menolak permintaannya dan beredar dari kawasan tersebut.
Tetapi Daler masih tidak berputus asa, dia terus memerangkap mangsa dan menggunakan kekerasan untuk melampiaskan nafsunya. Dia menggunakan tangan kirinya untuk menahan pinggang dan tangan kanannya untuk mengangkat kaki wanita itu.
Kemudian dia membawa mangsa kembali ke kawasan berumput itu dan memaksa badannya ke atas wanita itu sebanyak enam kali tetapi gagal kerana ditolak wanita itu tanpa henti.
Selepas 10 minit berusaha untuk memperkosa wanita itu, dia berputus asa dan meninggalkannya menangis berseorangan di kawasan terpencil itu.
Mangsa kemudian mencari Jagraj di pavilion dan terus mengadu tentang apa yang berlaku namun lelaki itu hanya menyuruhnya pulang ke rumah. Tak guna betul!
Kecewa dengan apa yang berlaku, dia terus meninggalkan mereka berdua dan meminta bantuan dari orang awam untuk membantunya buat laporan di balai polis.
Daler Singh kemudian ditangkap polis dua hari selepas kejadian. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan sembilan bulan beserta empat sebatan kerana cubaan rogol.
Kan dah kena penjara dan sebatan, amek kauuu!
Baca : Gadis 17 Tahun Dirogol Bergilir-gilir Oleh Teman Lelaki Dan Lima Rakan Di Pasir Mas, Kelantan