Netizen terpegun bila tengok ada seorang rakyat China buat laporan di negaranya menggunakan Bahasa Melayu.
Memandangkan Covid-19 kini sudah merebak ke Malaysia, seorang gadis dari Beijing China yang dikenali sebagai Husna Liang ini ada kongsikan kepada kita bagaimana nak harungi Covid-19 jika berada di tempat awam.
Saya harap ini dapat membantu anda di Malaysia. – Husna Liang
Video ini dimuat naik pada 18 Mac lepas, pada waktu itu jumlah pesakit positif virus tersebut 673, 49 sembuh dan 2 angka kematian.
Terpanggil dengan penyebaran wabak itu di negara ini, Husna yang kini di Beijing China kongsikan bagaimana orang-orang disana amalkan jika berada di tempat awam untuk rujukan kita.
Alahai, comelnya dia, cakap dia memang fasih, slang pun memang kalau pejam mata memang macam orang Melayu yang cakap!
https://www.facebook.com/husnacri/videos/831865763962214/
Bekas penuntut Universiti Malaya
Kalau korang perhatikan dia ada kata Malaysia ini tempat dia pernah duduk. Untuk pengetahuan Husna ini bekas penuntut di Universiti Malaya, dia kini telah pulang ke tanah kelahirannya iaitu di Beijing, China.
Menerusi laman Facebooknya, Husna bekerja di Radio Antarabangsa China, tak pelik pun dengan intonasi dia sampaikan laporan tu macam reporter kan?
Dia kini masih lagi belajar bertutur Bahasa Melayu. Menurut netizen, dia ini pernah menetap di Malaysia selama 4 tahun.
https://www.facebook.com/husnacri/videos/830395974109193/
Video pertama diatas telah meraih 17K shares di Facebook dan 29K retweets apabila ia dikongsikan oleh seorang netizen di Twitter.
Ramai yang puji dengan kefasihan Husna bertutur Bahasa Melayu, bahkan ada yang sampai terharu mendengarnya, bagi mereka segelintir rakyat Malaysia yang mengaku tak berapa fasih bahasa ibunda patut malu kerana orang lain cukup menghargai Bahasa Melayu ini.
Malah ramai yang puji dia layak jadi pembaca berita.
Vivy, King Coco dan rakyat Malaysia yang tak reti cakap bahasa Melayu ni patut rasa malu – Netizen
Bagi admin diaornag bukan lah tak reti cuma kurang fasih, mestilah diaorang boleh cakap bahasa Melayu kan? Apapun admin salute betul dengan dia ni.
Oh ya, lagi satu, Husna ni suka kucing tau, dah tu je nak bagitahu.