Sejak kebelakangan ini, viral satu video majlis perkahwinan selebriti terkenal di Genting Highlands, susulan dengan kemeriahan majlis tersebut Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong telah membuka kertas siasatan kerana didakwa tidak mengikut SOP.
Tak ikut SOP
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan video berdurasi 41 saat itu pada jam 10.30 malam tadi. Hasil siasatan menyatakan bahawa majlis ini berlangsung jam 8.30 malam pada 15 Disember lalu.
https://www.facebook.com/100064373484633/posts/283195557169558/
Katanya lagi, tetamu yang hadir dilihat tidak memakai pelitup muka, tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan menyaksikan suasana kemeriahan itu melanggar SOP berasaskan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa empat.
“Kita menerima laporan pada pukul 10 malam tadi. Polis akan bertindak mengesan dan mengenal pasti kesemua individu yang hadir dalam majlis perkahwinan selebriti tersebut.”
Tambahnya lagi, kes itu disiasat di bawah Perkara 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.
OIeh itu, Zaiham mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden tersebut bagi memudahkan siasatan dijalankan.