in

“Baju nikah ke tu”- Peminat Bau ‘Nasi Minyak’ Lepas Tular Video Uqasha Senrose Belek Kain Dengan Pereka Fesyen

Use

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal pelakon jelita Uqasha Senrose yang kini menjadi tunangan pelakon Kamal Adli?

Baru-baru ini, jadi bualan hangat netizen bila tular video Uqasha Senrose bersama dengan pereka fesyen Shanell Harun di butik kain terkemuka. Buat apa tu kat butik kain?


Menerusi perkongsian video di Instagram Shanell Harun semalam yang mendapat lebih 20,000 tontonan, kelihatan Uqasha dan Shanell macam tengah bincangkan ‘something’ yang serius. Ternampak pula Shanell tengah pegang kain warna putih.

Uqa

Ada apa apa ke ni?

Caption video yang dikongsikan oleh Shanell di Instagram miliknya pula berbunyi, “Dating dengan si manis @uqashasenrose2 di @jakeltextile.”

Walaupun tak tahu perkara sebenar lagi , tapi ramai peminat sudah buat spekulasi yang Uqasha sedang pilih busana untuk majlis perkahwinannnya kelak.

 

Bau nasi minyak

Di ruangan komen, ramai netizen yang beri reaksi positif terhadap video yang dikongsikan oleh Shanell itu. Ramai yang mendoakan Uqasha dipermudahkan urusan dan ada juga komen cakap sudah boleh bau nasi minyak.

Ggg

Ijj

Sebelum ini, Uqasha Senrose telah dilamar oleh Kamal Adli ketika siaran langsung Anugerah Meletop Era 2020. Terkejut semua orang masa tu.

Capture 42

Sama-sama la kita doakan yang terbaik untuk Uqasha Senrose dan Kamal Adli, semoga diorang dipermudahkan urusan untuk mendirikan rumah tangga. Amin….

 

Sumber: Shanell Harun

Baca: “Jangan cakap no lah”-Kamal Adli Lamar Uqasha Senrose Semasa Live Antara Highlight AME

Capture 41

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.