in

[VIDEO] Pendedahan Ibu Tebusan & Saksi, Saat-saat Cemas Remaja 19 Tahun Rompak Bank & Ugut Tebusan…

Feat 22

“Ugut untuk diberikan RM20,000 atau tebusan akan dicederakan”

Itu permintaan seorang perompak yang merupakan seorang remaja 19 tahun sebelum ditembak mati oleh pengawal keselamatan sebuah bank di Air Tawar 5, Kota Tinggi Johor petang semalam selepas cuba melakukan rompakan bersenjata di bank tersebut.

Saksi kejadian, Nurul Izzati Kamali, 23 tahun yang merupakan peniaga di kawasan berdekatan berkata…

“INI kali pertama berlaku kejadian rompakan dengan senjata dan tebusan. Suasana panik ketika kejadian dan ia berlaku terlalu pantas,”

“Ada beberapa orang yang sedang beratur menunggu giliran masuk membuat urusan di bank. Secara tiba-tiba perompak datang, tarik seorang wanita yang berada di barisan hadapan dengan senjata seperti sabit, dan dengar pintu bank ditutup serta dengar jeritan dari dalam yang meminta duit,”

3Ed9228D 4Af8 4Aa2 A292 7Dece5B1F64A 768X432 1

Penduduk di lokasi kejadian kemudia segera buat panggilan kecemasan, ada yang tunggu di luar pintu bank bahagian depan dan belakang supaya perompak tak terlepas, lapor Harian Metro.

“Selepas beberapa minit ada dengar ketukan dari arah pintu bank, polis sudah bersiap sedia ketika itu sekiranya perompak yang keluar.

“Tetapi beberapa pelanggan dan pekerja meluru keluar. Ada yang menangis ketakutan dan terkejut,”

Sementara itu wanita berusia 56 tahun, Ratnah Ahad, ibu kepada tebusan berkata ketika kejadian pukul 2 petang itu dia dan anaknya, Mardhiah sedang beratur di dalam bank selepas saringan kesihatan.

Namun tak lama kemudian…

Tiba-tiba datang sorang lelaki memakai kemeja T dan bertutup muka memeluk Mardiah dari arah belakang sambil mengacukan sebilah sabit di leher anak saya.

“Saya terkejut dan masa kejadian itu, pelanggan bank hanya ada enam orang termasuk kami dua beranak,”

Bank

Ujarnya sambil mengheret anaknya itu, perompak tersebut sempat menutup pintu bank.

Wanita itu kemudian merayu supaya anaknya tidak diapa-apakan dan sempat bertanya kenapa dia berbuat demikian, katanya dia hanya memerlukan RM20,000, lapor FMT.

Perompak ugut untuk cederakan Mardhiah jika tuntutan RM20,000 tidak ditunaikan.

Pegawai bank dan kakitangan lain kemudian memasukkan wang dalam beg galas putih seperti yang diarahkan, perompak kemudian melepaskan Mardhiah sebelum menuju ke arah Ratnah sambil acukan sabit.

Namun wanita itu terjatuh kerana sakit lutut yang dialaminya.

“Pada masa itulah, saya terdengar letupan tembakan dari arah kaunter bank. Saya nampak perompak itu rebah ke lantai dan berlumuran darah sementara sorang pelanggan lain melemparkan sabit itu jauh dari tangan perompak itu,”

Mayat 1

Suspek ditembak mati pengawal keselamatan bank tersebut sementara tebusan dan pekerja bank tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sejak selama viral di facebook, beberapa video kejadian rompakan bersenjata di sebuah bank di Air Tawar 5.

 

Baca : “Betul lah cinta tu membutakan” – Sanggup Merompak Untuk GF, Tapi Akhirnya Wanita Tu Kahwini Lelaki Lain

Baca 17 1

Sumber: Blog
Sumber: Youtube
Sumber: Youtube