in

Terbeban Masalah Kewangan, Remaja 19 Tahun Rancang Penculikan Sendiri Minta Wang Tebusan RM26K

Ft Remaja Diculik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang remaja 19 tahun sanggup mereka-reka cerita kononnya dia diculik sampai sanggup menghantar video dirinya sedang menangis kepada keluarga untuk mendapatkan wang tebusan. Difahamkan, remaja itu melakukan perbuatan itu kerana dia sedang mengalami masalah kewangan.

Difahamkan, remaja itu dikatakan ada meminta wang daripada keluarganya beberapa kali dan muslihat itu dirancang kerana kemelut kewangan yang tidak berkesudahan.


Artikel berkaitan : Reka Cerita Diculik Sebab Malu Tersilap Masuk Tandas Perempuan, Siasatan Polis Bongkar Kisah Silam Pelajar

Artikel berkaitan : “Bukan sebab dah tak cinta…” – Ini 7 Alasan Psikologi Kenapa Orang Yang Baik Pun Boleh Curang

Bagi meyakinkan keluarga yang kononnya dia telah diculik, remaja yang dikenali sebagai Om Prakash mendakwa yang dia diculik di Pune, India dan meminta keluarganya membayar Rs5 lakh (kira-kira RM 26,000) sebagai wang tebusan.

Om juga merakam video yang kononnya dia menangis teresak-esak sebelum menghantarnya kepada keluarga.

Screenshot 2026 08 20 165617

Bimbang dengan keselamatan Om, keluarganya membuat laporan polis di Uttar Pradesh sebelum pihak berkuasa memaklumkan perkara itu kepada pihak polis di Pune.

Polis mengesan lokasi telefon remaja tersebut menggunakan nombor telefon yang diberikan oleh keluarganya sebelum bergegas ke sebuah kawasan penginapan di kawasan Khadki, Pune.

Semasa serbuan dibuat di bilik di Crown Plaza Lodging, polis tidak menemui mana-mana penculik sebaliknya mendapati bahawa Om Prakash berada di dalam bilik itu dalam keadaan selamat.

Screenshot 2026 08 20 165644

Ketika disoal siasat, dia akhirnya mengaku bahawa tiada sebarang penculikan berlaku dan seluruh drama itu sengaja direka untuk memeras wang tebusan daripada abang sulungnya.

Polis juga mengesahkan bahawa video Om menangis itu hanyalah lakonan semata-mata untuk memperdaya keluarganya itu.

Om Prakash kini ditahan oleh pihak polis dan bakal berdepan dengan tindakan undang-undang atas perbuatannya itu.

Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.