in

[Video] Muhammad Adib Bukan Dibelasah, Tapi Dilanggar Malah Dibantu Oleh Perusuh?

Adib5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya isu semakin meleret apabila ada yang mendakwa bahawa Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini sedang kritikal menjadi mangsa kemalangan di lokasi kejadian, bukan dipukul.


Difahamkan, Muhammad Adib dilanggar jentera bomba yang sedang berundur pada malam kejadian. Malah, individu yang terlibat dalam rusuhan siap bantu menyelamatkannya lagi.

Astro AWANI menerima sebuah video yang menunjukkan bahawa Muhammad Adib diangkat oleh sekumpulan individu berbangsa India.

 

“Ini anggota bomba Melayu … kami tolong saja…Abang tenang ya”

“Lihat ya .. anggota bomba biasa…anggota bomba. Tolong cari kenderaan… tolong bawa dia! Tolong usung ….tolong usung dia..  bagi laluan! Tolong tepi, tepi..tolong bagi laluan. Ini anggota bomba, angkat dia.”

“Cari kereta! Kami nak tolong ni. Ini anggota bomba Melayu … kami tolong sahaja! Tak ada apa, abang rileks,  abang tenang ya. Kalau kami soal… mereka labelkan  kami ini orang jahat.
Okay, okay.. rileks abang.”

“Polis polis yang sampai ke sini buat apa…Siapa ada kereta?! Tolong berhentikan HILUX itu.
Tolong berhentikan kereta itu! Abang boleh tolong bawa dia ke hospital? Tolong angkat dia kat belakang kenderaan. Kak, boleh tolong tak. Tolong jaga jaga… angkat dia.”

Video yang berdurasi 2 minit 15 saat itu, menunjukkan segerobolan individu sedang membantu seorang anggota bomba yang dikatakan Muhammad Adib. Bagaimanapun rupa mangsa tidak dapat dikenal pasti.

 

Dakwaan Mohammad Adib dibelasah adalah palsu?

Bahkan, ada sebuah lagi video berudrasi 30 saat menunjukkan ada seorang anggota bomba dipercayai sedang berdiri di belakang jentera bomba.

Ia susulan tindakan sekumpulan individu bertindak menyerang jentera bomba berkenaan sehingga memaksa jentera bomba tersebut berundur. Sebuah van Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) di belakangnya turut dilanggar.

Dalam satu sidang media oleh pihak pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman pada Selasa, Pengerusi Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman, S.Ramaji menegaskan dakwaan yang Mohammad Adib dibelasah adalah palsu. 

“Sebelum ini ada khabar angin yang mengatakan perusuh mengeluarkan mangsa dan belasah dia, tetapi selepas kami meneliti video kami dapati pegawai bomba itu sedang berdiri di belakang jentera itu sebelum dilanggar ketika mengundur dengan laju.

“Tetapi apa yang terjadi adalah kumpulan ‘perusuh’ itu yang mengangkatnya dan membawanya terus ke hospital.”

Baca : Patah Tulang Rusuk & Kecederaan Dalaman, Anggota Bomba Parah Dibelasah Perusuh Kuil Maha Mariamman

Bomba Cedera 768X404 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.