in

[Video] Detik-Detik Cemas Budak 4 Tahun Terjatuh Dari Bangunan 3 Tingkat Sebelum ‘Disambut’ Jiran

Gambar hiasan 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Angkara bermain berseorangan dirumah, seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun di China terpaksa melalui detik-detik cemas apabila budak perempuan itu terjatuh dari bangunan tiga tingkat.

Pun begitu, kanak-kanak perempuan itu bernasib baik apabila berjaya ‘disambut’ oleh orang ramai.


Ramai penduduk tempatan yang dipercayai jiran tertangga bergegas untuk menyelamatkan kanak-kanak itu ketika dengan menggunakan selimut.

Menurut Daily Mail, kejadian pada Khamis lalu itu dipercayai berlaku setelah kanak-kanak tersebut ‘dikurung’ di rumah sendiri oleh datuk dan neneknya yang keluar untuk menguruskan kedai keluarga. Sementara itu pula, kedua ibu bapa kanak-kanak itu merupakan pekerja migran yang berhijrah ke bandar lain.

Melalui satu rakaman video, kanak-kanak berusia empat tahun itu dilihat tergantung di tingkap yang dipercayai kira-kira 30 kaki di atas tanah.

Semasa budak perempuan itu bermain sendirian di rumah, kanak-kanak itu dilaporkan secara tidak sengaja keluar dari tingkap dan menyebabkan kanak-kanak itu tergantung di tingkap tersebut.

Seolah-olah kehabisan tenaga, kanak-kanak itu melepaskan tangannya lalu meluncur jatuh kebawah. Rata-rata netizen memuji tindakan pantas jiran dan orang awam disitu kerana peka dan segera bertindak.

 

Baca: Pekerja Kilang Warga Bangladesh Maut Terjatuh Dalam Tangki Minyak Panas, Suhu 60 Darjah Celsius

Capture 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.