in

Pekerja Kilang Warga Bangladesh Maut Terjatuh Dalam Tangki Minyak Panas, Suhu 60 Darjah Celsius

Bb 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang tidak berbau. Itulah nasib seorang pekerja warga Bangladesh yang menemui ajal akibat tergelincir sebelum terjatuh ke dalam tangki yang berisi minyak panas di sebuah kilang di Jasin, Melaka.


Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.24 pagi semalam di sebuah tangki kumbahan minyak sawit di kilang memproses kelapa sawit.

B2 1 3

Pekerja yang dikenali sebagai Md Abdul Manan Molla, 39, itu dipercayai terjatuh ke dalam tangki yang mengandungi minyak panas ketika berada di atas bumbung bangunan pada ketinggian 4.5 meter.

Mangsa dilaporkan tidak memakai sebarang pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) dan kemudiannya tergelincir ke dalam tangki dengan kepanasan suhu kira-kira 60 darjah celcius itu.

 

Ambil masa tiga jam keluarkan mangsa dari dasar tangki

Pakar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, memberitahu proses mengeluarkan mayat mangsa mengambil masa lebih tiga jam dengan menggunakan ‘escavator’ dari dasar tangki .

“Bomba mengambil masa hampir tiga jam untuk mengeluarkan mayat mangsa dari dalam tangki dan dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan”

B1 1 4

“Kita menggunakan ‘escavator’ untuk mengangkat mayat dan dilakukan dengan berhati-hati agar tidak memberi kesan pada mayat mangsa kerana bimbang mayat terkesan pada suhu yang panas”

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan mengesahkan kematian mangsa sebagai mati mengejut (SDR) dan kini bedah siasat dijalankan di Hospital Melaka, lapor Sinar Harian.

 

Baca: “Seramnyaaa” – Penduduk Kampung Tangkap Buaya, Jumpa Mayat Budak Dalam Perut

B 2 1

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.