in

[VIDEO] Detik Cemas ‘Ferris Wheel’ Dekat Fun Fair Jerantut Terjatuh Masa Tengah Berpusing

Ft Ferris Wheel Funfair Jerantut

Kecoh di media sosial berkenaan dengan kejadian yang berlaku di sebuah fun fair di Jerantut semalam dimana sangkar buaian Ferris Wheel terus terjatuh ketika sedang berpusing dan ada orang di dalamnya.

Ada netizen memberitahu peralatan yang dipasang pada buaian itu merupakan besi buruk yang digunakan sejak 1990-an dan daif malah tidak sesuai lagi untuk digunakan sebagai permainan, lapor Utusan Malaysia.

 

“Anak saya kat dalam”

https://www.facebook.com/inforoablock/videos/pcb.204033308603142/3171432016418494

Video itu tular dirakam oleh ibu kepada kanak-kanak yang ada di dalam sangkar tersebut, ia berlaku kira-kira jam 9 hingga 10.30 malam tadi.

Suasana jadi kecoh dengan jeritan orang ramai khusunya ibu bapa yang melihat beberapa buah ‘sangkar’ itu jatuh.

https://www.facebook.com/inforoablock/videos/pcb.204033308603142/625912345495978

Katanya, walaupun cemas melihat sangkar itu terbalik dia cuba menenangkan 3 orang anaknya yang menjerit dan menangis ketakutan.

Oleh sebab itu, pengirim yang dikenali sebagai Eintan Ejam menzahirkan rasa marah dam kecewa dengan tindakan sambil lewa pihak pengurusan permainan tersebut.

https://www.facebook.com/inforoablock/videos/pcb.204033308603142/3611369565654889

Susulan dengan kejadian ini, dia menasihati mana-mana ibu bapa dan penghunjung fun fair supaya sentiasa hati-hati.

Dalam pada itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat, Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari berkata, pihaknya kesal kerana pemilik fun fair berkenaan tidak bertanggungjawab membenarkan orang awam menaiki besi buruk yang mengundang risiko keselamatan mereka.

Kira-kira 2 bulan lepas, satu kemalangan berlaku di fun fair berhampiran Aeon Cheras Selatan dan telah meragut nyawa salah seorang pengunjung

 

Baca : Pengunjung Maut Jatuh Dari Roda Ferris Di ‘Fun Fair’ Berdekatan Aeon Cheras Selatan, Saksi Kongsi Kisah…

Page Fun Fair