in

Pengunjung Maut Jatuh Dari Roda Ferris Di ‘Fun Fair’ Berdekatan Aeon Cheras Selatan, Saksi Kongsi Kisah…

Page Fun Fair

Satu kemalangan maut melibatkan seorang pengunjung lelaki, manakala seorang lagi cedera di sebuah ‘fun fair’ telah dilaporkan berlaku pada jam 12.05 malam semalam berhampiran Aeon Cheras Selatan.

Kejadian yang melibatkan mangsa lelaki berusia 38 tahun disahkan oleh pihak ambulans Hospital Kajang telah meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi mangsa berusia 30-an cedera akibat terjatuh dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Melalui satu perkongsian tweet di laman Twitter oleh seorang gadis yang dipercayai rakan kepada saksi kejadian, dia menasihati agar orang ramai berfikir banyak kali sebelum pergi ke ‘fun fair’ tersebut.

Menurut tweet tersebut, rakannya, saksi kejadian itu dikatakan mengalami trauma setelah melihat mayat mangsa yang jatuh daripada roda ferris berkenaan secara depan mata.

Perkongsian screenshot daripada story Instagram milik saksi tersebut menyatakan bahawa dia mengingatkan orang ramai untuk tidak menaiki roda ferris di ‘fun fair’ berkenaan kerana ia tidak dilengkapi dengan keselamatan yang ketat (pods terbuka, tiada pintu besi dan tidak stabil).

“Semalam saya baru saja melihat mayat penuh darah depan mata saya. Dua orang telah jatuh daripada pod (roda ferris), satu mati manakala satu lagi cedera parah.”- Saksi

Menurutnya lagi, dia juga tidak pasti punca berlakunya kejadian tersebut serta ia masih lagi dalam siasatan pihak polis. Yang pasti, tiada unsur jenayah yang berlaku semasa insiden terjadi.

Melihat di ruangan tweet replies pula, ramai juga yang berpengalaman ke ‘fun fair’ berkenaan dan bersetuju bahawa ‘permainan’ di situ kebanyakannya tidak selamat. Ia seperti mengatakan ‘ride/play at your own risk’. 

Media Ff Full

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa berhati-hati ketika berkunjung ke ‘fun fair pindah randah’ seperti ini kerana selalunya kelengkapan keselamatan yang ada agak kurang diyakini.

Baca: Tobat naik natang tu-[VIDEO] Pengunjung Tercampak, Kerusi Permainan Spiral Jet Tercabut Kat Fun Fair

Baca Ff

Sumber: Twitter