in

[Video] Bahaya! Leher Pelatih Sarkas Dijerut Ular ‘Hingga Mati’ Semasa Membuat Persembahan

Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[Video] Bahaya! Leher Pelatih Sarkas Dijerut Ular ‘Hingga Mati’ Semasa Membuat Persembahan
Loading
/

Memang seronok bila tengok orang pandai handle haiwan-haiwan liar ni. Sebab tu kalau pergi Zoo, paling seronok bila tengok ada performance dari haiwan-haiwan kat sana. Tapi, walaupun ramai pelatih dah biasa kawal haiwan liar ni, tak semestinya mereka tak ada risiko untuk diserang.


Macam kes yang jadi dekat Rusia ni, seorang penghibur sarkas dikatakan mati selepas dijerut oleh ular besar.

Video dekat atas ni tunjuk lelaki ni mula-mula memang nampak confident handle ular. Lepastu, dia sendiri pulak yang letak ular tu dekat leher dia. Aish memang ngeri masa tengok dia letak ular tu kat leher.

Korang boleh nampak, penonton semua siap tepuk tangan lagi masa dia jatuh sebab ingatkan itu sebahagian dari persembahannya.

Tapi, kalau tengok betul-betul, masa dia gerakkan tangan, dia macam bagi signal mintak tolong dan makin lama, pergerakannya semakin lemah.

Screenshot 2019 05 06 At 1.07.31 Pm

Tiba-tiba, kedengaran bunyi terkejut dari penonton bila mereka sedar lelaki malang tersebut sedang terseksa.

Kemudian barulah nampak beberapa ahli sarkas muncul dan cuba untuk leraikan jerutan ular tersebut tapi dah terlambat, lelaki tersebut kelihatan lemah dan tak sedarkan diri. Yang tak fahamnya, kenapa lambat sangat kawan-kawan dia keluar selamatkan dia?

Screenshot 2019 05 06 At 1.08.35 Pm

Menurut Daily Mail, apabila video ini mula tular, laporan mengatakan yang insiden ini berlaku di Dagestan, sebuah republik di selatan Rusia.

Media di Dagestan mengatakan yang lelaki ini mati ketika insiden ini berlaku.

Namun, polis di sana cakap lain pula. Mereka kata pihak polis tak menerima apa-apa laporan berhubung kejadian ini.

“Ia tak pernah berlaku di sini. Kami menafikan insiden ini.”

Polis kini sedang mencari maklumat tentang insiden ini dan nasib lelaki tersebut.

Admin harap, lelaki ni masih hidup lepas dapat bantuan yang sepatutnya. Tapi, cara kawan-kawan dia usung dia keluar tu, memang admin tak setujulah. Kasar betul. Maybe dorang panik kot. Wallahuallam…

 

Baca: “Kan dah mendapat” – Tunjuk Handal Main Ular, Netizen ‘Padan Muka’ & Gelakkan Pemuda Ini Lepas Digigit

Screenshot 2019 05 06 At 12.55.56 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.