in

Ustaz 59 Tahun Didakwa Cabul Murid Darjah Enam, Selak Kain Untuk Pegang Kemaluan

Ustaz Sangat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apalah nak jadi dengan dunia sekarang ni? Nama saja ustaz tapi tergamak pula buat perkara tak senonoh pada pelajar sendiri.


Dalam satu kejadian yang berlaku di Kuala Terengganu, seorang murid darjah enam mendakwa telah menjadi mangsa cabul seorang ustaz di sekolahnya sejak Februari lepas, lapor Sinar Harian.

Budak Rogol
gambar hiasan

Perkara tersebut mula diketahui ibu mangsa apabila salah seorang dari rakan pelajar itu memberitahunya selepas datang berkunjung ke rumah keluarga mangsa.

Menurut rakannya, ustaz berkenaan bertindak mencabul mangsa dengan memasukkan tangannya ke dalam kain mangsa dan memegang kemaluan pelajar itu. Dalam pada itu, dia juga menyuruh mangsa memegang kemaluannya sendiri. Eww geli!

55Ddd0F536Fe8 O
gambar hiasan

Malah tidak cukup dengan itu, mangsa juga didakwa telah diraba pada bahagian dada, punggung, kemaluan dan turut dicium oleh ustaz yang berusia 59 tahun itu. Dasar gatal! 

Apabila disoal kepada anaknya sama ada perkara itu benar berlaku ataupun tidak, mangsa mengakuinya. Mangsa juga menurut ibunya adalah pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran.

Susulan dari pendedahan itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu kerana mengesyaki anaknya menjadi mangsa cabul ustaz tersebut. Mangsa juga dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut pihak polis, mereka baru sahaja menerima laporan dan siasatan masih dijalankan berkaitan kes itu.

Dunia sekarang ni dengan ustaz pun tak boleh percaya. Huhuhu!

Baca: “Meh sini aku jilat!” – Remaja Hamil Kongsi Bagaimana Seks Bebas Bermula Sejak Darjah 6

Darjah 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.