in

Unik! Nekobiyaka, Satu-satunya Kafe Kucing Hitam Di Dunia

Feat Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut tentang kafe kucing, sudah semestinya anda semua tahu yang kafe tersebut bukan sahaja menghidangkan pelbagai jenis makanan dan menu yang unik dan menyelerakan,tetapi terdapat juga kucing-kucing comel yang dipelihara dan dibiarkan bebas berkeliaran di dalam kafe untuk dibelai oleh pelanggan.


Namun, pernahkan anda dengar tentang Nekobiyaka? Haa Nekobiyaka ini merupakan sebuah kafe kucing yang terletak di sebuah bandar diraja di Himeji, Jepun.

Apa yang uniknya, kafe ini merupakan sebuah kafe kucing yang memelihara hanya kucing-kucing yang berwarna hitam seterusnya menyandang gelaran sebagai satu-satunya kafe kucing hitam di dunia!

Wow, Guinness World Record gitu.

 

Kafe ekslusif dibina khusus untuk kucing hitam

Neko 2

Terdapat beratus-ratus kafe kucing yang wujud di seluruh Jepun, tetapi Nekobiyaka ini hanya dibina secara ekslusif khusus untuk kucing-kucing yang berwarna hitam sahaja.

Kafe ini telah dibuka sejak 2013 dan sejak itu, ianya telah menjadi salah satu tempat tarikan bagi pelancong-pelancong yang berkunjung ke bandar Himeji.

Pemilik Nekobiyaka, Cik Yagi telah menyumbang idea untuk membina kafe kucing hitam ini sebagai cara untuk meningkatkan peluang bagi kucing-kucing ini diambil untuk dibela.

Hal ini disebabkan purata pemilik yang membela kucing hitam di Jepun adalah sangat rendah berbanding purata pemilik yang membela kucing-kucing yang berwarna lain. Ini menyebabkan kebanyakan kucing-kucing hitam ini tidak bertuan dan akhirnya mati di jalanan.

 

Ubah stigma – Kucing hitam membawa nasib malang

Di Nekobiyaka juga, para pengunjung kafe dapat berinteraksi dengan kucing-kucing hitam ini.

Kebanyakan dari mereka ‘terbuka mata’ bahawa stigma dan kepercayaan masyarakat sekeliling yang mengatakan kucing-kucing hitam ini membawa nasib malang adalah tidak benar dan mengarut.

 

321 kucing hitam ber’graduasi’

Neko 1

Pada April 2020, terdapat sebanyak 321 kucing-kucing hitam ini telah ber’graduasi’ dari Nekobiyaka setelah mereka berjaya berjumpa dengan tuan yang baru.

Setiap kali terdapat kucing hitam yang diambil untuk dibela, Cik Yagi akan menggantikan kucing hitam tersebut dengan kucing hitam yang baru yang diambilnya daripada rumah perlindungan haiwan.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 ekor kucing yang dibela di dalam kafe untuk menghiburkan pelanggan yang datang untuk menjamu selera.

 

Rantai leher berbeza warna & menu kucing

Neko 4

Setiap kucing akan memakai rantai leher yang berbeza warna bagi memudahkan pengunjung membezakan antara satu sama lain.

Yang menjadi kelainan, terdapat juga ‘menu kucing’ disediakan. Menu ini telah menyenaraikan warna-warna khas rantai leher yang dipakai berserta setiap perbezaan antara kucing bagi rujukan pengunjung.

Selain daripada kucing-kucing hitam ini, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai jenis minuman dan juga menghiburkan diri dengan meembaca pelbagai jenis pilihan manga dan majalah yang kesemuanya berkaitan dengan tema kucing.

Bagi peminat kucing yang melancong ke Jepun, boleh lah add-list kafe ni sebagai salah satu tempat untuk berkunjung. 

Baca: 8 Kafe Aiskrim Unik Di Lembah Klang Anda Perlu Cuba

Baca Kucing 1

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.