Aiskrim! Antara dessert diminati ramai. Kalau tiba-tiba tekak teringin sesuatu yang manis atau nak sejukkan tekak waktu cuaca panas, boleh pilih di antara 8 Kafe Aiskrim Unik Di Lembah Klang Anda Perlu Cuba ini.
1. Hail’s Soft Serve
Terletak di Damansara Uptown, pelbagai jenis perisa anda boleh jumpa di sini. Antara yang menjadi pilihan pelanggan adalah aiskrim dimakan bersama sago dan gula melaka. Dekorasi kafe membuatkan anda rasa selesa dan tenang berada di sini, anda pasti akan dapat gambar yang menarik!
Lokasi: No.28 Jalan SS21/58, Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 11.30AM – 12AM (Isnin-Ahad)
2. Fiskee Dough
Kelainan di sini, aiskrim dimakan dengan donat! Donat yang digoreng dihias dengan aiskrim, buah atau apa sahaja mengikut resepi mereka tersendiri sudah cukup menaikkan selera anda! Anda perlu cuba aiskrim perisa latte di sini!
Lokasi: F-25 (Lot 125) Empire Damansara,, Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 12PM – 11PM (Selasa-Ahad)
3. Ps Tokyo
Dimiliki oleh blogger bernama Patricia, kalau anda upload gambar di Instagram dengan hashtag #pstokyo, gambar anda boleh di cetak dan di gantung di dinding kafe ini atau simpan untuk kenangan sendiri. Untuk ‘kaki’ selfie atau nak bergambar boleh duduk di kerusi bar sebab lighting memang cantik habis!
Lokasi: 80, Jalan SS 2/60, SS2, 47300 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 12PM – 12AM (Selasa-Ahad)
[sociallocker id=1666]
4. TSUJIRI
Di sini memang tempat yang sangat sesuai dengan peminat green tea. Tsujiri adalah kafe aiskrim yang sangat terkenal di Kyoto, Jepun dan kini sudah memasuki pasaran di Malaysia serta beberapa negara lain. Bukan setakat aiskrim, bermacam jenis dessert lain pun ada untuk anda cuba di sini.
Lokasi: 58, Jalan SS 21/58, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: 1PM – 11PM (Isnin-Khamis)
1PM -1AM (Jumaat & Sabtu)
12PM – 11PM (Ahad)
5. Eggu Eggettes & Softserve
Aiskrim yang dimakan bersama wafel telur (eggettes), jangan risau ia tidak berbau walaupun bahan utamanya adalah telur. Eggettes juga boleh dimakan begitu sahaja tetapi kalau nak lebih ‘kick’ makanlah dengan aiskrim dan cuba rasa Eclipse Combo di sini.
Lokasi: Atria Shopping Gallery, Level 3, TK3A(a), Jalan SS22/23, 47400 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 11AM – 9.30PM (Isnin-Ahad)
6. Æbout Ice Cream
Aiskrim di sini adalah buatan sendiri, dihidang dengan Belgium Waffle yang juga buatan sendiri. Menggunakan 40% susu, mereka juga mempunyai servis katering untuk majlis perkahwinan, majlis korporatdan sebagainya. Affogato, After Dinner Mint dan Triple Chocolate adalah best seller di sini.
Lokasi: Jalan Radin Bagus 6, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 1PM – 11PM (Rabu-Isnin)
[/sociallocker]
7. FATBABY Ice Cream
Selain di kafe, aiskrim Fatbaby boleh didapatkan di Publika, Jaya 33, Sunway Giza, Empire Shopping Gallery dan Marmalade Cafe, Bangsar Village yang dijual di dalam tub. Tiada perasa tiruan, pewarna atau pengawet digunakan dalam pembuatan aiskrim. Hanya susu, krim segar, gula, telur dan coklat yang dicincang sendiri digunakan.
Lokasi: 47, Jalan SS 15/4b, SS15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu operasi: 2PM – 10PM (Jumaat & Sabtu)
2PM – 8PM (Ahad)
8. Honey Creme
Berasal dari Taiwan dan sudah membuka dua cawangan di Malaysia, di Hartamas dan Pulau Pinang. Walaupun tidak banyak toppings diperkenalkan lagi tetapi kedai ini dipenuhi ramai pelanggan yang tidak mahu ketinggalan untuk merasa aiskrim ini.
Lokasi: No. 20, Jalan 27/70A Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 12PM – 10PM (Isnin-Khamis)
12PM – 11PM (Jumaat-Ahad)
* Ditutup pada hari Selasa