[VIDEO] Sangka Ulat Dalam Aiskrim Potong, Wanita Terperanjat Rupanya Tergigit Benda Lagi Teruk!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Korang suka makan aiskrim tak? Kalau makan waktu panas-panas, pergh memang nikmat. Tapi apa yang tak bestnya: bila terjumpa something yang tak sepatutnya dalam tu. Inilah yang jadi kat seorang wanita di China time dia syok-syok duk makan aiskrim.

Tergigit sesuatu disangka ulat dalam aiskrim

Menurut Shanghaiist, seorang wanita bernama Yang sangat terkejut lepas tergigit satu bahan pelik dalam aiskrim dia. Lepas gigit aiskrim tu dua tiga kali, Yang perasan macam ada sesuatu je dalam aiskrim dia. Hmm…

Mula-mula dia ingatkan benda pelik tu ulat. So dia panggil la kawan dia minta tolong tengokkan apa benda tu. Kawan dia dengan berani nya try nak tarik benda tu tapi tak berjaya. Tengok-tengok benda tu stuck pulak dalam aiskrim.

Sumber: Shanghaiist

‘Ulat’ tersekat dalam aiskrim rupanya ekor tikus!

Bila something yang disangka ulat tu tersekat, time tu lah dorang baru perasan apa yang cuba ditarik tu bukan serangga tapi ekor tikus! Eewwww! Bila sedar je yang dia dah termakan aiskrim ‘perisa’ ekor tikus, Yang cepat-cepat kembali ke pasar raya tu minta pampasan.

Mula-mula owner nak gantikan berdozen-dozen aiskrim baru kat Yang tapi dia tak nak. Macam mana kalau terjumpa ekor tikus lagi, kan? So owner tu decide nak bagi ganti rugi duit.

Sumber: Shanghaiist

Tuntut ganti rugi RM31,000 untuk sepotong aiskrim

Mula-mula owner tu nak bagi RM500, lepas tu dia naikkan jadi RM1200. Tapi Yang masih lagi tak nak terima. Dia minta RM31,000 sebagai ganti rugi sebab dia dah tergigit ekor tikus kot!

Tapi lepas tanya pihak berkuasa tempatan, Yang dimaklumkan yang dia boleh tuntut ganti rugi RM600 je untuk kes macam ni.

Sumber: Shanghaiist

Mesti dia dah trauma nak makan aiskrim lepas ni. Admin pun rasanya minggu ni cancel la plan nak makan aiskrim. Apa benda paling pelik korang pernah jumpa dalam makanan? Share sikit kat ruangan komen.

Tengok video ekor tikus yang dia tergigit tu kat sini!

Sumber: Youtube

Baca: “Rasa nak commit suicide” – Cerita Lelaki Trauma Termakan Cat Food Ini Buat Ramai Terhibur

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.