Kecoh di platform media sosial Threads semalam apabila ramai pengguna mendakwa bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang terputus seketika pada petang semalam.
Seorang pengguna Threads turut bertanyakan kepada warganet sama ada mereka mengalami perkara yang sama.
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen mengakui turut merasakan gangguan tersebut.

Artikel berkaitan: Banjir Hatyai: ICQS Sesak, Rakyat Malaysia Berpusu-pusu Pulang Ke Tanah Air
Artikel berkaitan: “Ramai tuduh saya scammer… Tapi ada yang bantu” – Lily Suraini Ucap Terima Kasih, Ramai Bantu Keluarga Terkandas Dalam Banjir Hatyai
Menurut warganet, ramai pengguna turut berkongsi pengalaman apabila bekalan elektrik tiba-tiba terputus seketika pada petang semalam.
Menerusi ruangan komen yang sama, difahamkan kejadian tersebut berlaku di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Ada yang memaklumkan lampu dan penyaman udara di pejabat mereka tiba-tiba terpadam sebelum kembali berfungsi dalam tempoh kurang daripada satu saat.
Dalam masa sama, ada juga warganet yang mengatakan bekalan elektrik sebenarnya tidak terputus sepenuhnya, sebaliknya hanya berlaku flicker atau lampu berkelip seketika.

Sumber: Threads
