in

“Sejam tak bergerak” – Netizen Minta Anthony Loke Selesaikan Isu KTM ‘Sidai’ Penumpang

Untitled Design 1 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kenderaan awam seperti bas dan kereta api menjadi salah satu kemudahan paling banyak digunakan dalam kehidupan seharian. Ianya menyenangkan kita untuk pergi ke sesuatu tempat kalau tak ada kenderaan sendiri.

Namun, yang menjadi susahnya bila kenderaan awam tersebut asyik saja alami kerosakan yang menyulitkan penumpang. Macam baru-baru ni, bekalan elektrik KTM telah terputus menyebabkan penumpang terkandas lebih sejam di stesen Batang Benar.


Kui

Artikel berkaitan: “Siap minta doa dari penumpang” – [VIDEO] Pelajar MRSM Dipuji Netizen, Agih Al-Quran Kepada Pengguna KTM

Artikel berkaitan: OKU & Murid Sekolah Nikmati Tambang KTM Percuma Mulai 15 Februari – Anthony Loke

Perkara itu diluahkan seorang pengguna X, di mana dia merupakan salah seorang penumpang yang terlibat. Tambahnya, dia langsung tak jumpa apa-apa peningkatan yang dilakukan mengenai isu elektrik KTM ni.

“Bagaimanapun, sebagai pengguna tetap KTM sejak tiga tahun lalu, saya mendapati tiada sebarang penambahbaikan terhadap isu elektrik”

Pada masa yang sama, dia turut tag Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke dalam posting tersebut untuk selesaikan masalah ni. Walau bagaimanapun, komuter masih tidak bergerak sampaikan dia ambil keputusan untuk teruskan perjalanan tanpa gunakan kenderaan awam tu.

Dia juga berharap pihak KTM untuk lakukan sebarang kemajuan demi keselesaan perkhidmatan komuter itu pada masa hadapan.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen lain turut berharap supaya tindakan untuk memperbaiki isu ini segera dijalankan bagi mengelakkan masalah yang sama berulang lagi.

Der

Ererer

Werere

Sumber: X

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.