in

Viral Gambar Budak 12 Tahun Buat ‘Homework’ Bawah Lampu Jalan Sebab Keluarga Tak Mampu Bayar Bil Elektrik

Belajar Tepi Jalan Je

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Viral Gambar Budak 12 Tahun Buat 'Homework' Bawah Lampu Jalan Sebab Keluarga Tak Mampu Bayar Bil Elektrik
Loading
/

Betul kata orang, bila kita rasa hidup kita susah, fikirlah yang ada orang lebih susah daripada kita. Masih ramai kanak-kanak yang tak dapat privilege atau kemudahan rumah yang elok dilengkapi perabot, makanan, sumber air dan elektrik. Namun, bagi sesetengah daripada mereka, ia bukanlah alasan atau penghalang untuk tidak mengejar impian atau cita-cita.


Sebagai contoh, kisah seorang pelajar berusia 12 tahun dari sebuah bandar bernama Moche di Peru ini. Victor Martin Angulo Cordoba tidak menyangka, sesuatu yang dia lakukan mendapat perhatian dan menyentuh hati ramai orang.

Belajar 1 1

Belajar 5
sumber: good times

Gambar Victor sedang menyiapkan kerja sekolahnya di bahu jalan bawah sinaran lampu tersebar di internet dan kini orang ramai tidak berhenti bercakap tentang dia. Kegigihan Victor untuk menyiapkan kerja sekolah tersebut sambil duduk dan melutut di tepi jalan telah membongkarkan kisah sedih dan malang keluarganya.

Belajar 2

Belajar 3
sumber: good times

Menurut Daily Mail, seorang staf dari jabatan polis pada mulanya perasan seorang kanak-kanak tengah duduk di tepi jalan waktu tengah malam. Bila mereka zoom CCTV, barulah perasan yang kanak-kanak tersebut tengah ulang kaji pelajaran di bawah lampu jalan. Tersentuh dengan kesungguhan Victor, jabatan polis tu kongsi video daripada CCTV tersebut di Facebook page mereka.

Selepas video itu menjadi viral, barulah orang ramai tahu mengapa dia selalu belajar di tepi jalan. Menurut ibunya, Rosa, keluarga mereka miskin sehingga tidak mampu untuk bayar bil elektrik di rumah. 

Kata Rosa, walaupun lehernya selalu lenguh sebab kena tunduk buat kerja sekolah, Victor tidak putus asa dan tetap akan ulangkaji setiap malam. Victor menyimpan cita-cita untuk menjadi pegawai polis kerana menurutnya, dia mahu akhiri kes rasuah berleluasa di negara itu.

Belajar 4
sumber: good times

Sebanyak 5% penduduk di bandar Moche, Peru tidak mampu untuk mempunyai sumber elektrik di rumah dan keluarga Victor adalah salah satunya. Difahamkan, Datuk Bandar itu, Arturo Fernández Bazán telah menawarkan bantuan untuk mendapatkan bekalan elektrik di rumah keluarga Victor.

Semoga Victor berjaya di masa hadapan!

Baca: Kanak-kanak Miskin Terpaksa Siapkan Kerja Sekolah di Tepi Jalan Raya Kerana Rumah Terlalu Gelap

Study China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.