in

TS Muhyiddin Rela Dipanggil ‘PM Bodoh’ Asalkan Rakyat Sedia Bekerjasama Ikut SOP

Collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin rela menjadi tempat rakyat melepaskan rasa marah asalkan mereka sanggup bekerjasama bagi menghentikan penyebaran wabak Covid-19.


Dalam program Bicara Khas Bersama Perdana Menteri yang disiarkan oleh RTM semalam, Muhyiddin mengatakan orang ramai boleh menyalahkan kerajaan namun tanggungjawab untuk mengurangkan kadar jangkitan adalah tanggungjawab semua pihak dan bukan pada kerajaan semata-mata.

Boleh salahkan kerajaan, marah Perdana Menteri pun tidak apalah. Nak kata apa pun, nak cakap PM bodoh pun tidak mengapalah. Saya tahu macam mana susah nak menguruskannya.

Kalau kita sedia menerima hakikat ini masalah bersama, pendekatan kita bukan keseluruhan kerajaan, ia adalah keseluruhan masyarakat.”

Macam yang korang tahu, kes harian kini telah pun meningkat lebih 6,000 setiap hari, oleh yang demikian, Muhyiddin menyeru agar rakyat melakukan “self-lockdown” sendiri bagi menyekat peningkatan mendadak jangkitan Covid-19.

Bernama Muhyiddin Yassin Rtm 20210523 3

Mengenai isu kapasiti katil hospital dan katil di ICU yang tidak mencukupi pula, Muhyiddin mengatakan kerajaan kini sedang melakukan pelbagai cara untuk menguruskannya dan antaranya dengan menggunakan hospital swasta dan sukarelawan bagi menampung kekurangan petugas kesihatan.

Tapi tambah berpuluh ribu katil pun tidak akan bermakna. Kalau naik kepada 20,000 , setakat manalah kita mampu? China terpaksa buat hospital dalam empat ke lima hari, tapi kita tak boleh buat.

“Jadi kita terpaksa minta tolong rakyat, bantu diri sendiri. Jagalah kita. Kita nak jaga diri kita supaya kita tak sakit, atau terkorban kerana kelekaan kita.”

Kerajaan tak berat sebelah

Ak Mycov 2512

Tak cukup dengan itu, Muhyiddin turut memberi jaminan bahawa tidak ada berat sebelah dalam penguatkuasaan namun mengakui mungkin ada yang terlepas kerana faktor tidak cukup petugas untuk memantau dan ambil tindakan.

Dari segi dasar, kita tak ada berat sebelah. Tak kira siapa, menteri ke, perdana menteri ke, siapa langgar dan memang ada bukti, mereka takkan terlepas daripada dikenakan hukuman, kompaun dan sebagainya. Itu fakta.

Kalau ada yang terlanggar sikit, takkan saya boleh jaga dia? Kalau di situ tak ada penguat kuasa… takkan saya nak letak sampai 100,000 penguatkuasa untuk jaga 30 juta (rakyat)? Tak mungkin boleh.”

Oleh itu, Muhyiddin berharap rakyat boleh melakukan kawalan kendiri bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini.

Sumber: FMT, MalaysiaKini

 

Baca: “KerajaanGagal” – Kecoh! Pihak Tak Bertanggungjawab Conteng Dinding, Luah Tidak Puas Hati Pada Kerajaan

Screenshot 2021 05 24 At 11.52.38 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.