in

“#KerajaanGagal” – Kecoh! Pihak Tak Bertanggungjawab Conteng Dinding, Luah Tidak Puas Hati Pada Kerajaan

Fi Conteng

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, kerajaan telah mengeluarkan arahan bahawa enam daerah di Selangor akan diletakkan di bawah lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Walau bagaimanapun semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mengumumkan di mana seluruh negeri di Malaysia akan berstatus PKP bermula 12 Mei hingga ke 7 Jun 2021.

PKP seluruh negara mulai 12 Mei ini

#KerajaanGagal

Ternyata kenyataan terbaru itu membuatkan ramai tidak berpuas hati kerana dianggap ‘tiba-tiba’ serta menyusahkan ramai pihak.

Kekecewaan itu terserlah apabila ada pihak tak bertanggungjawab menconteng di dinding-dinding dengan perkataan ‘Kerajaan Gagal’

Menurut perkongsian oleh pemilik akaun Mohd Faizal Musa di Facebook, kejadian tersebut dikatakan berlaku di Melaka dan ayat-ayat itu di conteng di dinding sepanjang sungai Melaka.

Conteng 1

Namun tindakan segera telah diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dengan menutup semula perkataan-perkataan itu menggunakan cat berwarna putih.

Conteng 2

Hingga kini, masih tiada maklumat berkenaan pelaku yang melakukan perkara tidak bermoral tersebut.

Aiyoooo kalau marah sangat pun tak perlulah sampai nak conteng2 macam tu.

Sumber : Kosmo, Facebook, Twitter

 

Baca : “Takde otak, sivik zero” – [GAMBAR] Tak Sampai Sebulan, Mural di Shah Alam Kena Conteng Dengan Carutan!

Foot Conteng

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.