in

Sedalam Mana Lautan Pernah Diteroka Manusia, Ini 3 Rekod Dunia Penyelam Terdalam

Collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kes ledukan yang berlaku ke atas kapal selam Titan baru-baru ini, ramai yang tertanya-tanya sedalam mana lautan pernah diteroka sebenarnya?

Pada aras laut, udara yang mengelilingi kita sebenarnya telah memberikan tekanan kepada badan kita. Tapi korang tak boleh rasa kerana cecair dalam badan kita telah menolak ke luar dengan tekanan yang sama.


Bila korang menyelam dalam laut, korang akan perasan perubahan yang berlaku dan dapat rasakan tekanan meningkat di gegendang telinga. Perkara ini berlaku kerana peningkatan tekanan hidrostatik. Lagi dalam korang selam, lagi tinggi tekanan yang akan menekan badan. Untuk setiap 33 kaki, tekanan naik satu atmosfera.

Diver

Kebanyakan haiwan yang tinggal di dalam laut tak ada masalah dengan tekanan yang tinggi. Seperti paus, ia boleh menahan perubahan tekanan kerana badannya lebih fleksibel dan paru-parunya boleh runtuh dengan selamat di bawah tekanan sekaligus menghalang dari pecah. Sebab ini, paus boleh memberi sotong gergasi di kedalaman 7,000 kaki atau lebih.

Jadi macam mana pula dengan manusia? Kalau korang nak tahu berapa dalam manusia boleh menyelam, korang kena tahu yang ramai penyelam maut gara-gara cuba memecahkan rekod ini.

Manusia dan rasa ingin tahu memang tak boleh dipisahkan, sebab ini, ada orang yang berani cuba untuk menguji sedalam mana tekanan yang boleh dilalui oleh manusia. Selain itu, dorang juga lakukan perkara ini untuk meningkatkan lagi ketahanan fizikal dan melihat serta merekodkan haiwan-haiwan dan tumbuhan unik yang boleh hidup pada satu-satu kedalaman.

Dekat bawah ni, korang boleh baca sendiri tiga penyelam terdalam yang pernah direkodkan mengikut kategori. Setiap kategori ini mempunyai cabaran unik tersendiri di dalam laut iaitu:

Penyelam kapal selam: Orang yang menaiki kapal selam biasanya mengalami isu navigasi dan komunikasi ekoran mereka “terperangkap” di dalam kabin dengan bantuan oksigen.

Penyelam skuba: Mereka menghadapi tekanan fizikal yang tinggi, keletihan yang melampau dan perlu memantau udara yang diambil.

Penyelam bebas: Alami masalah yang sama seperti penyelam skuba cuma bezanya mereka tak mempunyai apa-apa bekalan udara.

1. James Cameron (Kapal selam)

James Cameron Avatar.gif

Korang semua mesti kenal dengan pengarah filem Titanic, James Cameron. Tapi mungkin ramai tak tahu yang lelaki ini pernah mencipta rekodnya yang tersendiri.

Kalau korang nak tahu, James Cameron telah menjadi orang pertama yang berjaya mencecah kedalaman 10,943 meter di Mariana Trench seorang diri.

Kalau korang tengok filem The Abyss, korang mesti tahu yang James Cameron mempunyai minat yang mendalam terhadap lautan dalam selama bertahun-tahun.

James Cameron telah berjaya sampai dan menganalisa bahagian laut yang paling dalam menggunakan kapal selam istimewanya yang diberi nama The Challenger. Pengarah ini telah duduk di dasar laut tersebut dan mengumpul data selama tiga tahun sebelum kembali ke permukaan.

2. Ahmed Gabr (Selam skuba)

Ahmed Surface 1030X682 1

Seorang penyelam teknikal Dr. Guy Garman telah meninggal dunia ketika percubaan terakhirnya untuk cuba menyelam dalam pada tahun 2015.

Cubaannya untuk mengetahui sedalam mana manusia boleh menyelam telah berakhir dengan tragedi. Walaupun ramai penyelam yang telah mengutuk cubaannya ini, penting untuk kita belajar dari insiden ini supaya ia tak berulang.

Kalau korang nak tahu, cubaan ini dipanggil sebagai selam ultra-deep, di mana penyelam telah cuba untuk memecahkan rekod selam.

Rekod terbaru yang pernah dipecahkan adalah oleh Ahmed Gabr yang telah berjaya menyelam sedalam 332 meter. Ahmed yang merupakan seorang warga Mesir telah menyelam di Sinai Selatan dengan bantuan 24 pelatih, penyelam, perubatan dan komunikasi.

Ahmed telah mengambil masa empat tahun untuk melakukan latihan mental dan fizikal bagi mencapai matlamatnya. Malah lelaki ini mahu melakukan selaman ini pada tahun 2012 tapi disebabkan berlakunya situasi politik tegang di negaranya, dia terpaksa menangguhkannya sehingga 2014.

Ahmed merupakan seorang penyelam dan saintis. Dia telah mengkaji kesan kesan narkosis nitrogen dan banyak isu berkaitan penyahmampatan lain yang boleh muncul apabila menyelam pada kedalaman yang melampau.

Menurutnya, bagi betul-betul memahami kajiannya sendiri, dia perlu menggunakan dirinya sebagai tikus makmal dan dia berjaya melakukannya.

Menariknya, Ahmed telah mengambil masa selama 15 minit untuk menyelam sedalam 332 meter tapi mengambil masa 13 jam 35 minit untuk naik semula ke permukaan.

3. Herbert Nitsch (Selam bebas)

Herbert Nitsch Apnoetauchen Rekord Malediven Urlaub B

Selam bebas adalah antara yang paling menakjubkan, tanpa menggunakan apa-apa alat, seseorang itu perlu menyelam ke kedalaman dengan hanya menggunakan satu nafas untuk terus mendapatkan oksigen.

Pada 6 Jun 2012, Herbert Nitsch, seorang penyelam bebas telah berjaya memegang sebanyak lebih 30 rekod dunia telah menetapkan rekod selam bebas terdalam dengan menyelam sedalam 253 meter di Greece.

Ketika tiba pada 10 meter kedalaman akhir, Herbert telah mengalami tekanan yang tinggi dan telah diselamatkan oleh pasukan perubatan berhampiran. Pun begitu, rekod ini sangat-sangat hebat lebih-lebih lagi bila mengambil kira tekanan yang dihadapi olehnya.

Seperti sukan-sukan ekstrem yang lain, risiko untuk meninggal dunia ini tidak dapat menghalang penyelam-penyelam ini untuk terus meneroka lautan dalam dan mencipta rekod baru.

Sumber: Water Welders, Ocean Service

 

Baca: Kapal Selam ‘Titan’ MELETUP & Kesemua Lima Penumpang Maut, Ini Mungkin Puncanya…

Collage 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.