in

“Cepat pulang Isteri mu menunggu dirumah”- [VIDEO] Isteri Mangsa Kapal Selam Hilang Rayu Suami Segera Pulang

Fi Hilg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita kehilangan kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia iaitu KRI-Nanggala-402 yang terputus hubungan ketika menjalani sesi latihan di perairan Bali.


Dipercayai juga, terdapat 53 kru yang berada di dalam kapal selam tersebut.

Kalau dah melibatkan nyawa, sudah semestinya ahli keluarga mangsa akan menjadi risau dengan keadaan kru yang berada di dalam kapal tersebut.

 

Setia tunggu suami

Baru-baru ini telah tular sebuah perkongsian oleh seorang wanita yang dipercayai isteri kepada seorang anggota TNI tersebut.

Di dalam postingnya itu, wanita yang dikenali sebagai Meghdi itu meluahkan rasa sedihmya di TikTok.

Dia turut dilihat berkongsi pesanan yang dihantar kepada suaminya melalui aplikasi WhatsApp.

Selain itu, dia turut kelihatan dengan penuh sabar menunggu kepulangan suaminya.

Video tersebut telah dikongsi melalui akaun TikTok @meghdi dan sehingga kini telah meraih lebih dari 1 juta views.

@megdhi

Kuat yaa sayang, cepet pulang istrimu menunggu dirumah ?prayforNanggala402

♬ Tetap Untukmu – royraditt

 

“Doa kami bersama seluruh warga kapal”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan supaya segala urusan pencarian dipermudahkan serta memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut.

Reak Hilg 1 Edit

Reak Hilg 2 Edit

Reak Hilg 3 Edit

Sama-sama kita doakan supaya segala urusan pencarian dipermudahkan dan mereka semua selamat

 

Baca : Usia dah 40 tahun lebih, materialnya bisa lelah – Kapal Selam Tentera Indonesia Hilang Di Perairan Bali Bersama 53 Kru

Cats 93

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.