in

“Tinggallah Mak Lang di sini bersama para syuhada” – Kematian Wanita Suka Bersedekah Ni Dicemburui Umat Islam

Raudhah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ajal maut seseorang semuanya di tangan Allah. Dia yang menentukan masa dan tempat di mana kita akan ‘pergi’ meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya.


Namun kematian yang diimpikan seorang muslim sudah pastinya di tempat suci seperti Mekah dan Madinah. Tak semua yang dapat kesempatan macam tu tapi kematian seorang wanita Malaysia baru-baru ni memang dicemburui semua umat Islam!

 

Mak Lang dijemput ilahi ketika menuju ke Raudhah, Masjid Nabawi 

Menurut Sinar Harian, kematian jemaah umrah, Siti Faridah Ahmad, 64 yang berasal dari Kota Kuala Muda, Kedah dicemburui umat Islam kerana dia meninggal semasa dalam perjalanan menuju Raudhah, Masjid Nabawi pada 1 Disember lepas. 

Pemergian wanita yang dipanggil Mak Lang ni jugak dirasai mutawifnya, Nurul Aswar Nasron yang menguruskan jenazah beliau semasa di sana. Kisah ini dikongsikan Nurul Aswar di Facebook.

Umrah 1
sumber: facebook
47298294 2399168873449016 3819761187973758976 N
sumber: facebook
47325052 2399168996782337 6096480822817193984 N
sumber: facebook

 

“Mak Lang suka bersedekah dan seorang yang lembut dalam tutur kata”

Mak Lang yang terkenal dengan sikap bersedekah dan seorang yang dikatakan sangat lembut tutur kata ni telah terjatuh semasa sedang melangkah menuju ke Raudhah, Masjid Nabawi kira-kira jam 9 malam.

47310111 2397085296990707 1220139615394988032 N
sumber: facebook

Raudhah ialah satu lokasi yang mana digelar taman syurga oleh Rasulullah SAW dan merupakan tempat paling mustajab untuk berdoa. Menurut Nurul Aswar, jenazah Mak Lang dikebumikan di Perkuburan Baqi’, Kota Madinah yang berdekatan dengan Masjid Nabawi. 

Tambah Nurul Aswar lagi, perjalanan pulang jemaah hari ini ke Malaysia pasti dirasakan sangat berat dan satu kehilangan besar kerana terpaksa meninggalkan Mak Lang bersama ‘kekasih Allah’ yang lain di sana. Allahuakhbar… beruntungnya! 

Umrah 2
sumber: facebook
47266849 2399169180115652 1235360743268810752 N
sumber: facebook
47396747 2399168770115693 6002430707006177280 N
sumber: facebook

Al-Fatihah dan semoga keluarga arwah Mak Lang tabah menghadapi permergiaannya. Moga-moga kita juga adalah kesempatan untuk meninggal di tempat yang mulia seperti Mak Lang ni. 

Baca: “Letting them go is hardest feeling” – Bait-bait Terakhir Anak Sebelum ‘Pergi’ Lepas Hantar Ibu Bapa Umrah

Pergi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.