in

“Tiada siapa boleh memiliki kamu” – Disahkan Meninggal Akibat Keracunan Karbon Monoksida, Rupanya Ibu Cerita Kisah Sebenar Anak Diganggu ‘Lelaki Obses’

Marcella

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, viral di berita tentang seorang wanita dan lelaki yang dilaporkan maut akibatkan keracunan karbon monoksida dalam kenderaan di Kota Kinabalu. 


Tidak diketahui apa sebab musababnya, mereka telah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sekitar jam 3 pagi oleh orang awam yang kemudian melaporkan hal tersebut kepada pihak polis.

Mati Di Kereta1
sumber: borneo today

Menurut Berita Harian, mereka merupakan pasangan bekas kekasih dan telah disahkan meninggal dunia sekitar jam 5.11 pagi oleh pegawai perubatan.

 

“Maafkan mama kerana tidak dapat menyelamatkanmu bila diganggu lelaki MANIAC” 

Sungguhpun pihak polis telah mengesahkan tiada unsur jenayah yang terlibat dalam kes ini, ibu mangsa nampaknya telah membuat pengakuan dengan menaikkan posting video di Facebook bersama kisah tentang anaknya, Marcella Nur Anis yang ramai tak ketahui. 

Bagi seorang ibu, Noraya Sibul terlalu terkesan dengan pemergian Marcella dan mendakwa semua ini berpunca daripada ketaksuban seorang lelaki terhadap anaknya yang digelar MANIAC dan OBSES.

https://www.facebook.com/nsibul/videos/10218293785398842/

 

“My Princess sayang.. Maafkan Mama kerana tidak dpt menyelamatkan mu kali ini seperti hari2 lalu bilamana kau di ganggu oleh lelaki MANIAC yg OBSESS menagih cinta mu sejak bertahun-tahun yg lalu.

“Setiap kali pejam mata tidak dapat Mama bayangkan kesengsaraan yg kau lalui saat kau bergelut dgn maut.. tapi mama berjanji akan membela dan menegakkan keadilan utk NAMA dan MARUAH mu dimata awam dan melalui proses undang2. 

“Selepas ini Mama akan sharekan kepada netizen agar mereka faham penderitaan mu dan keluarga kita akibat daripada gangguan Lelaki Maniac yg OBSESS dan juga kegagalan pihak berkuasa membantu kita menangani masalah ini sejak dari 2017.. “

 

“Pertunangannya mu telah memburukkan lagi keadaan bila kau dapat ugutan…”

https://www.facebook.com/nsibul/videos/10218278835145095/

 

“Rupanya pertunangan mu pada 3/11/2018, telah memburuk kan lagi keadaan, bilamana kau dpt ugutan darinya bahawa ” TIADA SIAPA YG BOLEH MEMILIKI MU SELAIN DIA” yg kau sembunyikan dari Mama, dan kau anggap remeh.. Ini pun hanya Mama ketahui melalui kwn2 mu setelah ketiadaan mu.

“Banyak lagi gangguan2 lain yg kau sembunyikan dari Mama kerana kau tidak mahu Mama risau. Kebodohan mu itu telah menyebabkan Kami kehilangan Mu selamanya Sayang.???

“Mama akan share kan segala lapuran2 polis yg pernah kita buat terhadap lelaki MANIAC ini.. yg GAGAL ditangani oleh pihak polis hingga lah akhirnya mencabut nyawa mu. Tidur la sayang.. Damai la di sana.. Mama tahu kau sedang berbisik .. ‘MA.. sekarang lelaki gila itu tidak sudah dapat kacau aku’. Rehatlah sayang.. Tuhan menjaga mu disana.?

“Kepada Ibubapa yg mempunyai anak perempuan, jangan pandang remeh bila anak perempuan punya peminat yg fanatik dan maniac, kerana adakala nya perasaan cinta yg keterlaluan (OBSESS) bisa mengundang kecelakaan bila cinta itu tidak berbalas.”

Ya Allah.. mesti perit hati ibunya untuk menerima kematian anak yang cantik dan baik ini. Semoga keadilan dapat ditegakkan buat mangsa dan keluarganya. Bagi mereka yang sering diganggu stalker atau lelaki yang ‘gila’ macam ni, berhati-hatilah dan segera dapatkan bantuan.

Baca: Ted Bundy, Syaitan Bertopengkan Manusia : Guna Wajah Kacak Umpan Mangsa Sebelum Bunuh Dan Rogol Mayat Reput

Featured Main 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.