in

Tiada Rekod Wanita Mohon Rentas Negeri Untuk Bawa Bapa Ke Hospital – Polis

Tiada Rekod Wanita Mohon Rentas Negeri Untuk Bawa Bapa Ke Hospital Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai isu seorang wanita yang mendakwa dirinya disindir dan diperli pihak polis ketika dia ke ibu kota untuk membuat permohonan rentas negeri bagi menghantar bapanya yang sakit ke hospital.



Permohonan wanita itu dilaporkan ditolak dan bapanya pula meninggal dunia pada Rabu, 28 April lalu. Al-fatihah.

Pun begitu, lapor Harian Metro, polis tidak menerima permohonan rentas negeri yang dikatakan telah dibuat wanita itu.

Sekatan Pkpb 1 1 E1619834759681
Gambar hiasan

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superitendan Annas Sulaiman, wanita itu menyatakan dia membuat permohonan rentas negeri untuk tujuan membawa bapanya yang sakit ke hospital di Seremban, Negeri Sembilan.

“Wanita itu menyatakan dia membuat permohonan sambil mengemukakan beberapa dokumen termasuk surat dialisis dan kad orang kurang upaya (OKU) milik bapanya sebagai lampiran, namun permohonan ditolak,” katanya.

Tambah Annas Sulaiman lagi, hasil semakan melalui aplikasi MySejahtera dan rekod buku pelawat di Balai Polis Salak Selatan, pihaknya tidak menemukan rekod kehadiran wanita itu pada 17 April lalu.

Susulan itu, kata beliau, tiada sebarang permohonan rentas negeri direkodkan seperti yang dinyatakan wanita terbabit.

Walau bagaimanapun, semakan lanjut mendapati wanita itu ada membuat permohonan rentas negeri untuk melawat bapanya di Hospital Mawar, Seremban pada 15 Januari lalu.

Malah, wanita itu juga ada membuat permohonan rentas negeri untuk tujuan urusan keluarga di Melaka pada 11 Februari dan menghadiri temu duga kerja di Melaka pada 26 April serta kematian bapa di Nilai pada 28 April. Kesemua permohonan itu dilaporkan dibenarkan.

Pihak polis difahamkan masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kekasaran tingkah laku anggota seperti yang didakwa.

Sumber: Harian Metro

Baca: “Habis tu makcik mana? Dah mati?” – Wanita Terkilan Polis Tak Bagi Rentas Negeri Hantar Ayah Buat Rawatan Sebelum ‘Pergi’

Ayah 1 E1619834614413

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.