in

“Habis tu makcik mana? Dah mati?” – Wanita Terkilan Polis Tak Bagi Rentas Negeri Hantar Ayah Buat Rawatan Sebelum ‘Pergi’

Ayah 1 E1619834614413

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja yang tak terkilan apabila dia tak mampu nak bersua dengan orang tersayang buat kali terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhir.


Pertemuan mereka terhalang akibat sekatan rentas negeri dan sindiran, perlian sinis daripada pihak polis yang telah membataskan Aida Najwa untuk terus berjumpa dengan ayahnya yang kini sudah menghadap ilahi. Al-fatihah.

 

Ayah call minta tolong hantarkan pergi Hospital

176533943 4051752728219793 488643283899879177 N

Menurut Aida, ayahnya itu walaupun sakit masih mampu untuk bergurau senda dengan anak-anaknya.

“Setiap kali lepas solat, bibir Abah tak pernah lekang mendoakan anak2 dan keluarganya. Tiap kali call, tak pernah miss ‘I love you’ sebelum end call. Selalu call tanya khabar kami. Duit cukup tak? Makan apa tadi? Waa sedap nyaa. Nanti boleh la masakkan untuk Abah. Aku rindu semua.”

Menerusi luahan rasa terkilan dan kekesalannya di Facebook yang mendapat perhatian netizen sehingga meraih 17K jumlah perkongsian dalam masa sehari ini, ayah Aida menghembuskan nafas terakhirnya semalam (28 April 2021).

Sabtu lepas, Aida ada menerima panggilan daripada arwah ayahnya Sabtu lepas, pada waktu itu arwah meminta Aida untuk menghantarnya ke hospital kerana…

“Along, tolong hantar abah pergi hospital. Abah kena betulkan tapak dialisis. Jarum tu dah tercabut. Pusat dialisis ni tak boleh buat dialisis'”

Mendengar pertolongan itu, sebagai seorang anak, sudah semestinya dia mahu membantu ayahnya itu, dengan perlaksanaan PKPB/PKPP & PKPD ini, kita semua sedia maklum bahawa kita perlu meminta keizinan polis untuk merentas negeri.

Sudah semestinya Aida alert pasal hal ini dan segera untuk buat permohonan mendangkan dia berada di ibu kota sekarang, sesampai di pondok polis, amat mendukacitakan apabila urusan tidak berjalan dengan lancar.

 

Polis sindir tak nak bagi rentas negeri

177982902 4051896734872059 5125247798548877526 N

Sudahlah permohonan tidak lulus, lebih terkilan lain pihak polis itu seperti memberikan pelbagai alasan yang menyakitkan hatinya.

Pada waktu itu dia menjelaskan situasinya, menurut Aida, sakit ayahnya itu perlu dilakukan segera dan dia pada waktu itu tak sempat nak dapatkan surat daripada pihak hospital.

Baca ni…

“Aku sampai je pondok polis, polis tanya ‘Cik nak pergi mana?’ Aku pun jawab saya nak amik Abah saya dari pusat dialisis kat Nilai lepastu nak bawak pergi hospital kat Seremban.”

“Masa tu aku belum dapat surat refer ke hospital. So tak dapat nak tunjuk polis. Cuma aku cakap nak amik Abah dari pusat dialisis lepastu nak hantar hospital.”

“Aku mengharapkan polis faham sebab dialisis ni sangat penting untuk kelangsungan hidup. Hidup mati Abah.”

176954579 4051892674872465 2491483642701614593 N

Kemudian, pihak polis mula bertanyakan soalan mengenai urusan yang dilakukan selama ini.

“Ok lepas tu polis tanya ‘selalu siapa hantar dan amik?’ Aku cakap makcik saya. Then polis cakap ‘habis tu makcik mana? Dah mati?’.

“Allah je tahu rasa hati macam mana. Kau dah la taknak bagi orang rentas negeri walaupun bagi aku, tu satu kecemasan.”

“Pastu soalan pun nak tanya dengan biadab. Aku cuba sabar sebab aku kat balai polis. Kang apa apa, susah.”

“Aku pun cakap ‘makcik saya ada kecemasan jadi dia balik kampung. Jadi dia minta saya tolong minggu ni’.”

Kata Aida, selama ini memang makciknya yang bantu dalam urusan ini, cuma pada waktu itu makciknya terlalu sibuk, kemudian polis itu bertanyakan soalan yang seolah-olah mempertikaikannya.

“Ok pastu polis cakap ‘awak takde adik beradik lain ke yang boleh tolong?’ Aku jawab ‘Tak. Adik saya kerja. Satu lagi tak boleh drive’.”

“Polis pun dengan selamba ‘Kalau tak pandai drive, takkan book grab pun tak pandai?’ Ya Allah aku rasa nak lempangkan aje polis ni.”

“Aku masih sabar. Aku cakap ‘Encik, Abah saya OKU. Susah sikit nak jalan’. Pada fikiran aku, apalah salahnya bagi anak yang buat tanggungjawab tu? Bukan nak jalan2. Nak membantu Abah untuk tujuan perubatan.”

“Polis pun sambung ‘Takde jiran ke yang boleh tolong?’ Aku terkebil2 pandang polis tu. Macam tak percaya dia boleh suruh jiran instead of anak sendiri.”

178133646 4051752748219791 2336985351671585249 N

Pelik campur geram dengan soalan itu, Aida menjelaskan bahawa dia ada bukti yang ayahnya sakit, malah maklumat peribadi tentang ayahnya termasuk kat OKU juga dia lampirkan, tapi jawapnnya…

“Awak tak boleh rentas negeri lah dik. Bukti tak cukup kukuh’.

Hampa dengan layanan polis yang seperti memandang rendah urusannya, Aida terus menghubungi ayahnya

“Aku kata Abah, sorry tak dapat balik minggu ni. Tak dapat hantar abah pergi hospital. Polis tak bagi. Abah merajuk. Abah kata sukatilah. Aku sedih sebab abah merajuk untuk benda yang bukan salah aku. Dan akhir sekali, aku tak dapat pun jumpa Abah sampai lah akhir hayat dia.”

16 Ramadhan 1442Hاِنّا لِلّٰهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنPerginya Abah. Ke negeri abadi. Selamanya. Abah yang…

Posted by Aida Najwa on Wednesday, April 28, 2021

 

Bantu rakyat selesaikan masalah, guna lebih kuasa budi bicara

Kata Aida kepada Lobak Merah, dia berharap perkongsian ini dapat membantu dalam penambahbaikan sistem PDRM.

Untuk pdrm bantu rakyat selesaikan masalah. Bukan tambah masalah. Dan guna lebih kuasa budi bicara utk membantu rakyat.

 

Baca : “Biasalah raya cina ni banyaklah alasan” – Polis Sindir Keluarga Minta Kebenaran Rentas Daerah Sebab Hal Kematian?

Polis 7

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.