Sehari dua ni kecoh berita kehilangan remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin sejak Ahad lalu di Resort The Dusun di Negeri Sembilan.
Disebabkan tiada sebarang penemuan dan petunjuk diperoleh berkaitan kehilangan remaja tersebut, satu unit unik PDRM digerakkan dalam misi mencari dan menyelamat kali ini iaitu unit Senoi Praaq.
Nah! Mesti korang tak pernah dengar atau pun tau mengenai kewujudan unit ini kan? Apa special sangat unit ini sampai PDRM buat keputusan untuk gunakan kepakaran Senoi Praaq dalam misi SAR Nora Anne?
Ini cerita mengenai ‘Senoi Praaq’
Senoi Praaq ini merupakan unit yang terdiri daripada 100 peratus suku kaum Orang Asli. Senoi bermaksud orang manakala Praaq bermaksud perang dalam bahasa Semai.
Mereka juga digelar sebagai Malaysia’s Killer Elite sebab mahir dan cukup berpengalaman dalam peperangan di kawasan hutan.
Sedikit sejarah tentang unit ini, ketika awal penubuhannya ia diletakkan dibawa Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA) dengan anggota terdiri daripada suku Temiar, Semelai, Temuan dan Semai.
Lambang bagi pasukan Senoi Praaq ini biasanya senjata yang biasa digunakan orang asli di kawasan pedalaman contohnya bagi batalion ke 19, menggunakan buluh sumpit manakala batalion ke 20 menggunakan lambang Beliung.
‘Raja’ rimba, sangat mahir dengan strategi peperangan di hutan
Senoi Praaq mempunyai pengalaman luas dan tahu selok belok peperangan di dalam kawasan hutan, malah ia boleh dikatakan sebagai kemahiran mereka yang sememangnya dilatih dengan suasana di dalam hutan sejak kecil lagi.
CIA gelar Senoi Praaq The Silent KiIIer
Mesti korang ternanti-nantikan part ni kan? Meh admin nak cerita sikit.
Untuk pengetahuan korang, unit elit PDRM ini pernah digelar sebagai The Silent Killer oleh CIA dan kepakaran mereka ini pernah digunakan secara rahsia di Laos.
Namun nak dijadikan cerita, selepas Amerika Syarikat keluar dari Laos, Senoi Praaq ini ditinggalkan begitu sahaja (ada yang menganggap mungkin pihak AS tidak ingin rahsia mereka bocor).
Namun dengan kehandalan unit ini, mereka berjaya kembali ke Malaysia walaupun terpaksa berdepan dengan musuh sepanjang pulang ke negara ini..hebat kan!
Sedikit info mengenai unit Senoi Praaq ini
Kepakaran mereka biasanya digunakan pagi operasi mengesan jejak terutama sekali di dalam hutan.
Dikatakan juga Senoi Praq lebih suka bergerak dengan berkaki ayam untuk memudahkan pergerakan mereka selain mengelakkan dari dikesan mus0h namun tidak diketahui kesahihannya.”
Sebab itu unit ini digunakan untuk usaha mencari dan menyelamat Nora Anne Quoirin. Diharap dengan kepakaran mereka dapat menjejaki warga Ireland tersebut.