in

The Papin Sisters: Dua Beradik Bunuh Majikan Sebab Layanan Teruk, Dilabel Jenayah Paling Mengejutkan Di Perancis Tahun 30-an

Collage 45

Pernah tak korang bagi layanan buruk dekat pekerja atau orang-orang yang pegang jawatan lebih rendah? Mungkin lepas korang baca cerita ni, korang akan fikir dua kali sebelum buat macam tu…

Kisah pembunuhan adik beradik Papin atau lebih dikenali sebagai “The Papin Sisters” ini telah menjadi buah mulut sehingga ke hari ini dan menjadi salah satu jenayah paling mengejutkan dalam sejarah Perancis.

Satu hari, pada tahun 1933, dua adik beradik ini tiba-tiba hilang kawalan dan bunuh majikan mereka…

Latar belakang The Papin Sisters

Sisters 01 600X338 1

Christine dan Léa Papin dilahirkan dalam keluarga yang tak stabil. Ayah mereka, Gustave Pain jatuh cinta dengan ibu mereka Clémence, walaupun ketika itu ada khabas angin mengatakan Clémence mempunyai hubungan sulit dengan majikannya. Apabila Clémence mengandung pada Oktober 1901, Gustave dengan rela hati nak jadi “pak sanggup”.

Emilia Papin dilahirkan dan dua tahun kemudian Gustave masih tak pasti sama ada hubungan sulit isterinya dah berakhir atau belum hingga lelaki ini buat keputusan untuk pindah. Sejurus selepas mendengar keputusan Gustave, Clémence tak dapat terima dan mengugut untuk membunuh diri jika suaminya ini tetap nak pindah.

Reaksi Clémence ini menguatkan lagi kecurigaan Gustave dan terus memujuk isterinya untuk berpindah. Selepas berjaya memujuk, pasangan ini kemudiannya pindah ke Le Mans dan Clémence menjauhkan diri sehingga Gustave jadikan arak sebagai teman baiknya untuk mengubati kekecewaan.

Dikatakan, Clémence merupakan wanita yang tak stabil dan tak pernah tunjukkan kasih sayang kepada anak-anaknya. Kerana ini, dia hantar anak-anaknya ke tempat yang boleh menjaga mereka. Clémence dan Gustave membuat keputusan untuk menghantar Emilia ke rumah anak yatim ketika kanak-kanak itu berusia 10 tahun.

Kemudian, bila Christine dan Léa lahir, mereka juga turut dihantar ke rumah anak yatim. Emilia sebelum ini telah dihantar ke biara dan menjadi biarawati. Clémence tak mahu Christine dan Léa mengikut jejak Emilia dan mereka berdua dihantar ke pelbagai rumah anak yatim dan keluarga angkat sebelum disenaraikan untuk bekerja selepas cukup umur.

Adik beradik kerja sama-sama, bunuh sama-sama

Sisters Lede 1024X527 1

Pada tahun 1926, Christine dan Léa telah mendapat pekerjaan di rumah yang sama. Christine diberikan pekerjaan sebagai tukang masuk untuk keluarga Lancelin manakala Léa bekerja sebagai pembantu rumah.

Christine dikenali sebagai seseorang yang mempunyai personaliti yang kuat. Bekas majikannya pernah melaporkan yang dia sering melawan dan kurang ajar, tapi kerana kualiti masakannya sedap, pertengkaran tak pernah berpanjangan. Manakala Léa pula, lebih pemalu dan sering mendiamkan diri serta patuh dengan arahan.

Tugas Christine dan Léa ini memerlukan mereka untuk tinggal bersama-sama dengan keluarga Lancelin yang terdiri daripada peguam yang dah bersara René, isterinya Léonie dan anak mereka bernama Geneviéve.

Kalau dilihat dari luaran, keluarga Lancelin melayan dua adik beradik ini dengan baik. Dorang makan makanan yang sama, tinggal di bilik yang ada pemanas udara dan dibayar dengan gaji yang berpatutan.

Malah, ramai orang-orang elit di Perancis yang cemburu dengan keluarga Lancelin kerana mempunyai pekerja yang sangat berdedikasi.

Pun begitu, apa yang orang tak tahu, hubungan adik beradik dengan majikan mereka sangat luar biasa. Antaranya, Christine dan Léa tak pernah bercakap dengan René sepanjang tujuh tahun mereka bekerja di situ.

Arahan hanya diberikan oleh Léonie melalui nota bertulis dan wanita ini sering memakai sarung tangan putih untuk periksa perabot bagi memastikan tak ada habuk.

The Papin Sisters hilang kawalan

Sisters 03 600X362 1

Pada 2 Februari 1933, selepas Léonie dan Geneviéve pulang dari membeli belah, mereka sepatutnya pergi ke rumah abang Léonie dan berkumpul di sana. Jadi, dua beradik ni sangka majikan dorang akan pulang pada lewat petang.

Dua adik beradik ini meneruskan pekerjaan mereka dan salah satunya adalah untuk mengambil seterika yang telah dibaiki. Namun bila dirang cuba untuk guna seterika, fius elektrik terbakar. Christine dan Léa buat keputusan untuk baiki fius pagi esok memandangkan majikan mereka hanya akan pulang pada lewat petang.

Tapi, Léonie dan Geneviéve pulang awal dan menurut Christine, bila majikannya ini mendapat rumah mereka gelap, dia jadi marah dan mula bertengkar sehingga Christine tiba-tiba hilang kawalan ketika Geneviéve masuk campur dan mula korek mata anak majikannya itu.

Bila Léa sedar apa yang berlaku, wanita ini turut masuk campur dan menarik Léonie sebelum korek mata majikannya itu selepas disuruh oleh Christine.

Tak cukup dengan itu, Christine telah lari ke bawah untuk mengambil pisau dan penukul dan dua beradik ini telah memukul Léonie dan Geneviéve sehingga tak bernyawa.

Papin Sisters Victims Crime

Apabila René pulang ke rumah dan melihat keadaan rumahnya gelap dengan pintu berkunci, lelaki ini mula merasakan ada benda yang tak kena dan segera menelefon pihak polis.

Bila polis tiba, mereka masuh ke rumah dan menemui mayat Léonie dan Geneviéve dalam keadaan yang mengerikan dan Christine dan Léa sembunyi di dalam bilik mereka yang berkunci.

Dikatakan, pihak polis menemui dua beradik ini di dalam bilik dalam keadaan bogel pun begitu, mereka berdua terus mengaku telah membunuh majikan mereka sejurus ditemui.

Perbicaraan pembunuhan The Papin Sisters

Sisters 06 600X461 1

Kes The Papin Sisters ini telah menarik minat ramai golongan intelektual yang merasakan pembunuhan ini berlaku kerana konflik antara majikan dan pekerja di mana mereka percaya adik beradik ini memberontak selepas mendapat layanan yang teruk dari majikan mereka.

Manakala pihak pembelaan mengatakan yang adik beradik ini tak waras ketika pembunuhan berlaku dan turut mempamerkan sejarah keluarga mereka yang mempunyai masalah mental.

Bagaimanapun, mahkamah memutuskan yang adik beradik ini berfikiran waras dan sedar ketika melakukan pembunuhan.

Kerana ini, Christine telah dijatuhkan hukuman mati manakala Léa yang dianggap sebagai orang bersubahat telah diberi hukuman penjara 10 tahun.

Sisters 02 600X320 1

Ketika Christine menunggu hukuman di dalam penjara, wanita ini menjadi tak stabil dan cuba untuk korek matanya sendiri hingga pegawai penjara terpaksa memakaikan jaket untuk menahan tangannya. Christine akhirnya kebulurkan dirinya dan mati pada 1937 sebelum sempat menjalani hukuman.

Manakala Léa telah dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman selama lapan tahun kerana berkelakuan baik. Léa kemudiannya tinggal bersama ibunya dan hidup lama dengan menggunakan nama samaran.

Sehingga ke hari ini, sebab sebenar dua beradik ini boleh hilang kawalan dan melakukan pembunuhan kejam tersebut masih menjadi tanda tanya kerana selain dari pembunuhan itu, dua beradik ini dikenali sebagai wanita yang baik.

Sumber: ati, Film Daily

 

Baca: Pembunuhan Kitty Genovese: Dibunuh Luar Apartment, 37 Orang Tengok Tapi Sorang Pun Tak Call Polis?

Screenshot 2020 11 25 At 2.55.58 Pm

Sumber: Film Daily
Sumber: Film Daily
Sumber: Film Daily
Sumber: ati
Sumber: Film Daily