in

[TERKINI] Dah Boleh Rentas Daerah Tapi Bukan Negeri – MKN

Mkn2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi Sidang Media Khas Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri hari ini, kerajaan membuat keputusan kesemua empat negeri pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang ditukarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 5 Mac ini.


Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pula dikuatkuasakan di Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya, Labuan dan Perlis mulai 5 Mac ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri juga mengumumkan bahawa aktiviti rentas daerah juga dibenarkan di seluruh negara kecuali Sabah.

Walau bagaimanapun, rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan.

“Sementara itu, bagi negeri Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan ditukarkan daripada PKPB kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Sementara di Perlis kekal sebagai negeri PKPP.” 

Pelaksanaan ini berkuatkuasa 5 Mac hingga 18 Mac kecuali Sarawak iaitu daripada 2 Mac sehingga 15 Mac depan.

 

Baca : [TERKINI] Ibu Bapa Boleh Rentas Daerah & Negeri Untuk Hantar Anak Ke Sekolah Tanpa Perlu Surat Polis – MKN

Mkn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.