in

“Semangatnya dia” – [VIDEO] Rentas Desa 4.2 KM, Ramai Kagum Lihat Murid OKU Tolak ‘Wheelchair’

Murid Oku Merentas Desa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita sedia maklum bahawa tidak semua manusia dilahirkan dalam keadaan sempurna. Sesetengah daripada mereka ada yang diuji dengan kekurangan fizikal mahupun mental. Biarpun serba kekurangan, perkara itu tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk berusaha mencapai apa yang mereka inginkan.


Samalah juga situasinya dengan murid ini yang merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) yang tidak pernah kenal erti putus asa. Menerusi perkongsian TikTokers @hamdanburn ini, dia ada memuat naik satu video menunjukkan sedang berlangsungnya aktiviti merentas desa sekolah.

@hamdanburn

♬ Tuhan Jaga Dia Untukku – Fiena

Dalam video tersebut, pada awalnya kelihatan hanya sekumpulan pelajar biasa sedang berlari bagi aktiviti merentas desa. Namun, siapa sangka, terdapat murid OKU yang turut serta dalam aktiviti berkenaan. Insan istimewa itu kelihatan gigih menolak kerusi roda melalui sebuah jalan.

Lebih mengharukan, dia juga seakan-akan mula kepenatan namun masih tetap berusaha menamatkan acara sejauh 4.2 KM itu. Malah, si perakam yang difahamkan merupakan bapa kepada murid ini turut setia menemani hingga ke garisan penamat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dan terharu dengan semangat adik ini. Walaupun serba kekurangan, namun dia tetap berkobar dan tak mengalah demi menyertai acara sukan berkenaan.

“Adik ni hebat, kuat semangat pula tu” – Komen netizen

“Semangat betul dia tu” – Komen netizen

Komen Oku

Terbaiklah adik ni! Kalau adik ni boleh bersukan walaupun pakai kerusi roda, takkan kita yang normal ni tak boleh kan?

Baca: “Tercapai hajat” – [VIDEO] Ramai Terharu Cikgu ‘Sporting’ Bantu Pelajar OKU Cuba Buat Lompat Tinggi”

Cikgu Bantu Oku Lompat Tinggi

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.