in

[TERKINI] Ibu Bapa Boleh Rentas Daerah & Negeri Untuk Hantar Anak Ke Sekolah Tanpa Perlu Surat Polis – MKN

Mkn 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa diberi kelonggaran rentas daerah dan negeri untuk hantar anak ke sekolah bermula 1 Mac 2021. Dalam sidang media PKP hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa mereka tidak perlu mendapatkan surat kebenaran polis


“Ibu bapa yang menghantar anak mereka tidak perlu dapat surat kebenaran polis hanya tunjuk surat daripada pihak sekolah.”

Kata beliau perkara ini telah dibincangkan kepada pihak PDRM untuk memaklumkan kepada semua anggota polis.

Dalam pada itu, kerajaan juga telah membenarkan untuk kumpulan buskers menjalankan persembahan di kedai makan di kawasan PKP, PKPB mahupun PKPP dengan penjarakan sosial.

 

Baca : Dah Boleh Makan Ikut Size Meja Di Restoran – MKN

Mkn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.