Tak pernah kering dengan kontroversi, kali ini Datuk Seri Aliff Syukri nampaknya ‘buat hal lagi’ apabila dilaporkan telah bergaduh dengan penyanyi Baby Shima dalam satu majlis sidang media di Indonesia semalam.
Dalam Facebook Live yang dikongsikan Aliff Syukri, Baby Shima kelihatan telah bertekak dan menyerang usahawan kosmetik tersebut sehingga mereka nampak macam tengah ‘bercakaran’ dan bertumbuk antara satu sama lain.
Uish macam teruk je ni…
“Terima kasih dato malukan Shima di Prescon dato tadi…”
Susulan daripada isu viral tersebut, Baby Shima kemudian telah memuat naik posting di Instagram (posting ini kemudian dipadam) untuk menerangkan situasinya ketika pergaduhan tersebut berlaku.
Menurutnya, Aliff terdahulu ada menjemput ke press conference tersebut tetapi yang peliknya Shima tak pulak dibenarkan masuk ke dalam majlis tersebut walaupun ada kad undangan. Aikkk kenapa undang kalau tak bagi masuk kan?
“Kenapa upiak tak promotion sebab upiak sedih… fisik dihina untuk naikkan lagu”
Malah bukan Baby Shima je yang sedih dengan apa yang Aliff Syukri lakukan kepadanya, Upiak Isil ‘taktuntuang’ pun terkena tempias apabila usahawan ni juga katanya dengan sengaja kutuk fizikal Upiak demi nak naikkan lagunya. Aduhhh datuk kenapa jadi macam ni?
“Kenapa gaduh dekat Indonesia? Nanti media Indonesia tepuk tangan”
Insiden pergaduhan ni juga dapat perhatian daripada netizen yang berpendapat Aliff Syukri hanya memalukan negara kerana bawa isu pergaduhan sampai ke negara orang. Haih buat malu je orang Indonesia tengok kan?
Apa-apapun admin harap perkara ni tak perlulah dipanjang-panjangkan sampai bergaduh ke negara orang. Harap Datuk Aliff dan Baby Shima boleh jumpa jalan penyelesaian yang terbaik.