Umum mengetahui, demam bola sepak Piala Dunia sudahpun bermula pada minggu lalu. Menariknya Piala Dunia pada edisi kali ini, semua perlawanan boleh ditonton oleh rakyat Malaysia tanpa perlu mengorbankan waktu tidur memandangkan perlawanan dijadualkan pada waktu malam di sini.
Tawar pengunjung pakai hijab
Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial yang memperlihatkan penduduk tempatan Qatar menawarkan pengunjung wanita dari serata dunia yang berada di negara itu untuk memakai hijab
Menerusi video berdurasi selama 1 minit lebih itu, sekumpulan wanita tempatan dilihat berjalan di sekitar lokasi tumpuan pengunjung, lalu menyapa kaum wanita untuk bertanyakan jika mereka berminat untuk mencuba memakai hijab.
@hayyatogether Women trying hijab for the first time in lusail city, Qatar #WorldCup #fyp #fifaworldcup2022#hayya #qatar
Rata-rata pengunjung wanita yang disapa bersetuju untuk memakai hijab. Video tersebut turut memperlihatkan proses pemakaian hijab dilakukan, dan jelas kelihatan mereka begitu teruja dengan hasil selepas memakai hijab.
“Ini kali pertama saya pakai hijab”, ujar seorang wanita.
Usaha dipuji warganet
Usaha yang dilakukan oleh sekumpulan penduduk tempatan Qatar ini adalah sesuatu yang wajar dipuji. Ia bukan sahaja membuatkan pengunjung dari seluruh dunia berasa dekat dengan budaya di situ, malah ia turut memperkenalkan Islam kepada penganut agama lain.
“Mereka tak paksa pun orang ramai untuk pakai hijab, satu usaha yang bagus”, tulis seorang individu.
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet memuji usaha ini. Ada juga beberapa warganet yang menyatakan hasrat mereka untuk mencuba memakai hijab selepas melihat video tersebut.
Piala Dunia edisi kali ini anda sokong siapa?
BACA: ‘Benamkan’ Argentina Di Piala Dunia, Semua Pemain Arab Saudi Bakal Terima Rolls Royce