in

‘Benamkan’ Argentina Di Piala Dunia, Semua Pemain Arab Saudi Bakal Terima Rolls Royce

Arab Saudi Rolls Royce

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bahang Piala Dunia semakin membara dan beberapa perlawanan memaparkan plot twist, pasukan-pasukan gergasi seperti Jerman dan Argentina dikalahkan oleh negara-negara yang lebih kecil.


Arab Saudi baru-baru ini mengalahkan Argentina 2-1 walaupun pasukan tersebut ada pemain hebat iaitu Lionel Messi.

Pasukan bola sepak yang dikenali sebagai Green Falcons itu kini memiliki tiga mata dan menduduki tempat pertama dalam kumpulan C yang terdiri daripada Argentina, Arab Saudi, Mexico dan Poland.

Saudi Arabia

Kemenangan itu menjadi lebih manis apabila Arab Saudi mencipta sejarah menjadi pasukan Asia pertama yang menang menentang Argentina menerusi dua gol serta menang perlawanan pembukaan Piala Dunia.

Atas kemenangan itu, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud dikatakan bakal memberikan setiap pemain skuad Piala Dunia itu sebuah kereta mewah iaitu Rolls Royce Phantom yang bernilai $460 ribu, kira-kira sekitar RM2 juta.

Menurut CNBC Indonesia, Mohammed Bin Salman juga menghadiahkan setiap pemain wang sebanyak $1 bilion kira-kira sekitar RM4.5 billion sebagai tanda terima kasih dan penghargaan dari pihak kerajaan.

Fuh, masyuk!

Baca: [VIDEO] Lelaki Arab Tolak ‘Interview’ Dengan Wartawan Israel Semasa Piala Dunia FIFA Di Qatar

765

Sumber: goal.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.