in

Tampil Bertudung Di UIAM, Netizen Puji Penampilan Menteri Belia & Sukan, YB Hannah Yeoh

2Hy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila kita dijemput hadir untuk sesuatu majlis, pemakaian yang bersesuaian mestilah menjadi perkara utama. Sebolehnya kita mahu elak daripada berpakaian yang secara tak langsung merosakkan majlis atau overdressed. 


Mungkin perkara itu diambil untuk pertimbangan oleh Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh apabila beliau tampil menghadiri satu program di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tampil dengan bertudung litup, kehadiran YB Hannah telah mendapat perhatian netizen. Korang boleh tengok video kehadiran YB Hannah di UIAM dalam video @normiswaryramli dibawah.

@normiswaryramli

Hanayo masuk UIA gais!#youthempowerment #iium #youth #womenpowerment #uiam #hanayo #malaysiatiktokviral #fypシ゚viral #fyp #fypage #fypシ #malaysiatiktok #perpaduan #kerajaanperpaduan #madani #malaysiamadani

♬ original sound – ????? ??? ????? – ????? ??? ?????

Artikel berkaitan: “Masuk ke tak tu?” – Netizen Terhibur Tengok Gelagat Hannah Yeoh Cuba Sukan ‘Footgolf’

Artikel berkaitan: “Ibadat tak ganggu prestasi atlet” – Hannah Yeoh Beri Kenyataan Isu Bekas Pemain Badminton Hina BAM

Sesuai dengan majlis

Rata-rata netizen memberi pujian kepada usaha YB Hannah yang bertudung litup serta berpakaian sopan ketika menghadiri majlis di UIAM. Gaya pemakaian yang ditampilkan itu memang sangat sesuai dengan lokasi majlis.

Screenshot 2023 10 28 At 11.03.59 AmKalau perasan, YB Hannah memang banyak koleksio baju kurung. Selalu nampak lain-lain baju kurung ikut majlis. Cuma untuk kali ini siap pakai tudung, lain sikitlah dari biasa. 

Screenshot 2023 10 28 At 11.04.08 AmMin tengok YB Hannah pakai tudung ni nampak manis je. Paling penting tak kekok langsung nampak beliau pakai tudung. 

Screenshot 2023 10 28 At 11.04.19 AmSetuju. Pemilihan pakaian yang sesuai dengan majlis juga penting ye. Usaha YB Hannah bertudung untuk majlis dalam UIAM ni memang layak diberikan pujian. 

Screenshot 2023 10 28 At 11.04.45 AmSopan je kan nampak YB Hannah dalam majlis ni. Itu yang min cakap awal tadi, pemilihan pakaian yang bersesuaian untuk majlis penting tau. Tak ada lah orang lain tengok sakit mata. 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.