Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, telah melancarkan Kempen Pengumpulan Dana Pasukan Kebangsaan Footgolf Malaysia di Shah Alam Hari ini.
Kempen ini diwujudkan bagi membantu pasukan kebangsaan yang bakal mewakili negara ke Piala Dunia Footgolf di Orlando, Amerika Syarikat.
Dalam majlis pelancaran itu, YB Hannah Yeoh sempat mencuba sendiri pengalaman bermain footgolf. Gelagat beliau telah mendapat perhatian ramai netizen. Korang boleh tengok video @utusantvofficial di bawah ni.
@utusantvofficial Comel betul Hannah Yeoh 🤣🤣🤣. 📽️ Abd Razak Aid #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #footgolf
Masuk ke tak tu?
Untuk cubaan yang dirakam ni nampak gayanya YB Hannah gagal masukkan bola ke dalam lubang. Tak tahu lah ada berapa percubaan sebelum beliau berjaya.
Itu lah, min pun tergelak juga sebab YB sepak tak masuk. Tak pasti lah susah ke apa, tapi lubang tu cukup besar untuk tersasar. Apa-apa pun cubaan yang terbaik YB!
Takpe YB. Masuk ke tak masuk tu kita letak belakang. Yang penting menang gaya. Itu pun dah cukup buat bakar semangat pasukan footgolf negara ke Piala Dunia.
Ini mungkin faktor utama kenapa YB Hannah sepak tak masuk. Mana tidaknya, ramai yang tengok, lepas tu ada yang rakam. Kalau min sendiri pun gementar weh, dah lah tak pernah main.
Baca: Pelumba ‘Cilik’ Negara Raih Perhatian Dapat Berlatih Di Itali Bersama Fernando Alonso