in

“Tertarik tengok dua wanita belakang tu” – Ramai Cair Lihat YB & Bella, Tapi Keakraban Ibu-Ibu Mereka Jadi Perhatian

Ft Ibu Bass

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, tumpuan netizen lebih banyak kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan Bella Astillah di media sosial. Kemesraan mereka dalam pelbagai acara membuatkan netizen tidak henti-henti memuji pasangan ini.

Namun, perkongsian video terbaharu dalam sebuah acara santai mencuri tumpuan ramai atas alasan yang berbeza.


Artikel berkaitan : “Ini bukan Malaysia lawan Indonesia” – Syed Saddiq Bidas Kenyataan Bekas Menteri Indonesia

Artikel berkaitan : Bella Astillah Sah Menjadi Isteri Syed Saddiq Dengan Sekali Lafaz

Mata tertumpu pada ibu Bella dan ibu Syed Saddiq

Bukan sahaja babak menyuap makanan antara Bella dan Syed Saddiq yang menjadi tatapan ramai, malah kemesraan yang ditunjukkan oleh ibu kepada Bella Astillah iaitu Siti Zarina Roslan dan ibu kepada Syed Saddiq iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz di latar belakang membuatkan ramai warganet tersenyum sendiri.

Dalam video berkenaan, turut diperlihatkan ibu Syed Saddiq dengan penuh mesra dan kasih sayang menyuapkan hidangan pencuci mulut kepada Bella Astillah yang duduk di sebelah beliau.

Sementara itu, ibu Bella pula dilihat bersantai di sekitar kawasan majlis bersama keluarga dengan suasana yang sangat mesra dan harmoni.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terpukau melihat kedua-dua ibu pasangan ini dan ia juga memberikan inspirasi kepada mereka untuk menjadi ibu dan ibu mentua yang baik di masa hadapan.

Ibu Ibu 2

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.